in

“Ada pelepas rindu” – Dapat Tahu Mengandung Lepas 3 Hari Suami Meninggal, Ramai Menangis Dengan Kisah Wanita

Feature 4 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri semestinya mahukan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Namun, apabila maut menjemput, sebagai manusia biasa, kita terpaksa akur dengan ketentuan yang Maha Esa.


Seperti kisah kali ini, seorang wanita telah berkongsi kisahnya setelah pemergian si suami beberapa bulan lalu.

Suami Mati 3 1

Menerusi Instagram, wanita yang dikenali sebagai Airina Roslan telah menceritakan bahawa dia hanya mendapat tahu dirinya hamil selepas tiga hari suaminya, Amirul dijemput ilahi.

View this post on Instagram

3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant. Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg ? you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi. You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita. Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi. #weloveyouAyah ?

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Menurut wanita yang berusia 24 tahun ini lagi, arwah suaminya itu seperti sudah mengetahui bahawa dia hamil sebab seminggu sebelum dia pergi, suaminya itu setiap hari meminta isterinya untuk menguji alat pengesan kehamilan. Allahu, sebak pulak admin baca. 

Semoga i dapat melatih diri i untuk jadi ibu yang baik untuk anak kita

Airina sangat berharap agar anak yang bakal dilahirkan nanti mirip suaminya agar dia boleh melepaskan rindunya kepada lelaki tersebut.

Suaminya yang berusia 25 tahun telah meninggal dunia ketika bermain futsal bersama rakan-rakan akibat cardiac arrest pada November tahun lalu.

Suami Mati 1

Lagi buat admin sebak, perkahwinan mereka baru sahaja berusia dua bulan pada ketika itu.

Rata-rata netizen juga mendoakan yang terbaik buat bakal ibu yang akan melahirkan tidak lama lagi.

Image From Ios 4

Semoga ibu dan bakal bayi akan sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan ini.

Baca: Suami Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Bernikah, Kisah Isteri Ini Buat Ramai Menangis 

Suami Mati

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.