in

“Bapa kamu meninggal” – Bakal Polis Indonesia Dipuji, Kekal Tenang Terima Berita Duka Pemergian Bapa

Casis Polda Jabar Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang calon Polis Daerah (Polda) dari Jawa Barat, Reggi Aditya baru-baru ini menerima pujian dari netizen seberang apabila tenang menerima khabar duka mengenai bapanya.


Menerusi video TikTok yang tular tersebut, ia memperlihatkan Reggi, dipanggil oleh seorang polis yang sedang bertugas ketika selesai mengadakan ujian kecergasan.

Pada awalnya, Reggi tidak mengetahui tujuan dirinya dipanggil dan seterusnya diiringi oleh polis berkenaan untuk keluar dari padang latihan.

Screenshot 7 Horz

Ketika dipanggil, polis bernama Manang berkenaan meminta Reggi tenangkan diri sambil menawarkan minuman kepadanya lalu disahut dengan ‘Siap Pak’.

Kemudian, mereka berdua pergi untuk melihat keputusan ujian Reggi yang mencatatkan masa 16.68 saat yang merupakan keputusan yang bagus sebelum menyampaikan berita duka berkenaan.

“Kamu dah selesai semuanya kan, bapa kamu meninggal, meninggal dunia”. 

Sambil berjalan sambil merangkul Reggi, pegawai berkenaan dengan berat hati menyampaikan berita tentang pemergian bapa calon polis berkenaan.

Apa yang menyentuh hati ramai, pelatih berkenaan kelihatan tenang semasa menerima berita sedih berkenaan dan tidak menunjukkan sebarang emosi melainkan terus menghormati pegawai polis berkenaan.

@bagdalpersbirosdmjabar Innalillahi wa innailaihi roji’un… Reggi Aditya, salah satu Casis Polda Jabar, saat seleksi jasmani dapat kabar duka dari keluarga bahwa ayahanda tercinta meninggal dunia, mari kita doakan bersama? Al-Fatihah.. #casis #casispolri2023 #penerimaanpolri2023 #rekrutmenpolri2023 #polri #polisiindonesia #poldajabar @SSDM POLRI ♬ Ayah – Formasi

Menjelaskan alasannya memanggil calon berkenaan terlebih dahulu daripada orang lain, pegawai polis berkenaan meminta dirinya bertenang dan terus menyiapkan diri untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, polis yang bernama Manang tersebut duduk bersama Reggi sambil mengunggu kebenaran untuk pulang dan sempat memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pemuda tersebut.

Screenshot 10 3

Dalam masa yang sama, beberapa kali juga kelihatan dia meletakkan tangannya ke bahagian belakang calon pelatih  berkenaan untuk menenangkannya.

Sehingga selesai kesemuanya, barulah Reggi mengalirkan air mata tanda kesedihan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya turut memuji kekuatan mental pelatih tersebut selain turut mendoakan agar beliau berjaya untuk menjadi seorang anggota polis.

Baca : “Jadi takut nak pergi Bali” – Tular Video Lelaki Marah Pelancong, Gara-gara Naik E-hailing Di Bali

Supir Bali Marah Pelancong

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.