in

Pertandingan Gali Kubur Tanda Penghargaan Semasa COVID-19, RM1,468 Habuan Buat Penggali Terpantas & Kemas

pertandingan gali kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain petugas kesihatan, penggali kubur juga boleh dianggap sebagai frontliners semasa seluruh dunia dibadai pandemik COVID-19 yang teruk. Manakan tidak, mereka inilah boleh dikatakan sebagai unsung heroes kerana sanggup bekerja bertungkus-lumus menggali kubur bagi mengebumikan jenazah mereka yang terkorban akibat virus ini. Bukan sikit kubur yang perlu digali, tapi ratusan!

Bogor Regency gravedigging competition 1440x810 1 e1649562409893

Bagi menghargai jasa penggali kubur selain mengangkat martabat mereka, Pentadbiran Kabupaten Bogor di Jawa Barat telah menganjurkan pertandingan menggali kubur dimana penggali yang menggali kubur paling kemas dan pantas akan mendapat habuan wang tunai lima juta rupiah (RM1,468).


“Kami mahu memartabatkan mereka (penggali kubur) selain mahu menunjukkan penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menguruskan pengebumian mangsa-mangsa COVID-19 sejak awal penularannya.

Bayangkan, mereka perlu menggali sekitar 50 kubur setiap hari. Mereka masih terus bekerja meskipun sedar akan risiko ketika menguruskan mangsa-mangsa,” kata pihak penganjur.

Lapan pihak pengurusan kubur di daerah Bogor masing-masing menghantar satu pasukan yang dianggotai empat orang bagi menyertai pertandingan ini. Peserta akan dinilai berdasarkan kelajuan galian, kemasan dan perlu memenuhi standard penggalian kubur yang ditetapkan.

WEB POST 30 03 2022 img 20220330 wa0033 ac06aa0bf5da42a77e99d52c9edd8c79 768x511 1 e1649562444539

Pertandingan yang dianjurkan pada awal April lalu dijuarai  oleh kumpulan dari Perkuburan Tajur Halang. Selain itu, para peserta lain turut dihadiahkan saguhati berupa barangan asas dan barangan dapur.

Sumber: Coconut News

Baca: “Kasian jenazah terlantar” – Penggali Kubur di Indonesia Luah Rasa Penat, Terpaksa Gali Kubur Dari 7 Pagi Sampai 10 Malam Tanpa Henti

indonesia covid 19 e1649561376370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.