in

Bapa Ditangkap Mencuri Kantoi Menipu, Guna Alasan Mahu Beli Barang Sekolah Anak

2016 21 12 16 29 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

*Gambar rakaman CCTV di atas adalah gambar hiasan dan bukan daripada kes kecurian ini*


Saban hari kita mendapat kisah dan berita kecurian di sana sini. Kesempitan hidup menjadi antara alasan yang menyebabkan mereka (pencuri) membuat kesalahan sebegitu.

Meskipun ianya akan meraih simpati orang ramai, kesalahan tetap dianggap kesalahan di sisi undang-undang. Tetapi apa pula reaksi anda jika dapat tahu seseorang mencuri dan menggunakan alasan tertentu untuk meraih simpati?

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 18 Disember lalu, lapor Harian Metro.

Antara barangan yang dicuri adalah makanan sejuk beku, baju T, seluar, kapur kasut dan stokin yang bernilai RM415.06.

Curi
sumber: harian metro

Bapa kepada tiga anak itu dikatakan bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan di daerah tersebut sejak 13 tahun yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, suspek ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi barangan yang ditemui bersamanya itu.

“Suspek ke pasar raya itu bersama anak sulung lelakinya ditahan oleh pengawal kerana keadaannya yang mencurigakan. Apabila diminta untuk mengemukakan resit, suspek gagal berbuat demikian.” kata Noor Hashim.

Img 5874
gambar hiasan

Hasil siasatan awal, suspek mendakwa tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kesemua barangan terbabit dan berkata beliau perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya. Kesian tak? 

Namun selepas siasatan lanjut, lelaki itu didapati menipu!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Rohani Abdul Karim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu berkemampuan dan tidak layak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

Anak lelaki sulung lelaki berkenaan baru berusia tiga tahun dan tiada keperluan untuk membeli barang keperluan sekolah. Apa yang dilakukan lelaki itu mungkin satu ‘tabiat’ atau mempunyai kepentingan diri sendiri.” – Rohani Karim

Rohani
sumber: the star

Namun menurut beliau, biarlah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes ini.

Meskipun hidup susah, ia bukanlah alasan untuk anda malas bekerja, mengharapkan bantuan dan menggunakan alasan sebegini bagi meraih simpati. Sedar atau tidak, desakan hidup sebenarnya menjadi antara penyebab seseorang mengambil keputusan untuk mencuri demi meneruskan kehidupan seharian. Kesian juga tapi matlamat tidak menghalalkan cara….

Syukur Malaysia masih aman! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.