in

“Bapa aku buat sungai ni” – Lelaki Mengamuk, Dakwa Pemancing Ceroboh Sungai Miliknya

Sungai Bapa Aku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa kita dengar orang berebut tanah pusaka, tetapi lain pula dengan video tular di TikTok ini apabila seorang individu mendakwa sebuah kawasan sungai itu adalah milik bapanya.


Dalam video yang berdurasi empat minit 25 saat itu, seorang pakcik yang sedang memancing di atas bot tiba-tiba dimarahi seorang lelaki.

Menerusi perbualan dalam video terbabit, difahamkan individu yang datang menyerang itu meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemancing berkenaan kerana telah menceroboh kawasan sungai orang lain sesuka hati.

Artikel berkaitan: “Jenis tak menyempat” – [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Monyet Proboscis Tumpang Bot Pemancing

Dakwanya, kawasan sungai itu dibuat oleh bapanya sejak zaman dahulu lagi. Malah, lelaki itu turut mengugut pemancing terbabit untuk membakar keretanya jika tidak keluar dari kawasan sungai terbabit.

@azrolsaad

Kenapa perlu bergaduh sungai bukan kita punya rezeki pun masing2 punya rezeki

♬ original sound – Azrol Saad – Azrol Saad

“Kau masuk aku punya kampung kenapa? Kau ni orang Johor ke Negeri Sembilan? Kau orang Palong!

“Sepanjang kampung aku ni, bapa aku buat sungai ni, kau tahu tak? Dia buat dari zaman Tok Bangau,” kata lelaki itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sungai di Johor yang berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pemancing itu mempertahankan tindakannya memancing di situ kerana baginya sungai adalah hak milik semua. Tetapi, pemancing tersebut terpaksa mengalah dan beredar dari kawasan sungai itu.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai, netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu kerana sungai sepatutnya dimanfaatkan oleh semua orang.

Pada masa yang sama, netizen memuji pemancing terbabit kerana memiliki kesabaran tinggi melayan lelaki mengamuk itu.

Screenshot 2024 01 23 155247 Screenshot 2024 01 23 155329

Macam-macam hal! Sungai pun boleh berebut…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.