in

“Banyak duit, pergi sekolah swasta lah” – Ramai Tak Setuju Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar

Mrsm Elit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ada mencadangkan agar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar diwujudkan khusus buat masyarakat elit yang berpendapatan tinggi.


Menurut Malaysia Gazette, cadangan ini dibuat hasil daripada pandangan yang diperolehinya daripada orang ramai dan MRSM berbayar itu juga boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).

Bh11Siap O Bhfield Image Socialmedia

Namun, saya tegaskan ia tidak sesekali boleh dikompromikan soal falsafah, orientasi dan budaya pendidikan yang menjadi ekosistem MRSM itu sendiri termasuklah seperti kurikulum Ulul-Albab agar kualiti dan konsistensi penyampaian terpelihara,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, ibu bapa golongan elit ini sanggup menanggung kosnya walaupun berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.

Ini adalah kerana MRSM terbukti sebagai satu jenama yang sudah terpahat dalam minda masyarakat sebagai institusi pendidikan yang unik dan berkualiti tinggi.

“Memang suka berebut hak orang miskin ke?” 

Isu ini kemudian dikongsikan ke Twitter dan mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mempersoalkan cadangan tersebut.

Antaranya ada yang mengatakan bahawa cadangan ini akan mewujudkan jurang antara golongan pelajar B40 dan T20 serta ada yang mengatakan sebaiknya mereka berkemampuan menghantar anak ke sekolah swasta daripada masuk MRSM berbayar.

Mrsm

“Nak bina MRSM untuk anak orang kaya, siap tanggung?” 

Isu ini juga mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertikai keperluan MARA dalam membina MRSM buat golongan kaya, siap ditanggung kos pembinaannya.

Walau bagaimanapun, Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, idea MRSM berbayar itu bagus namun kerajaan perlu menetapkan hanya pelajar yang mempunyai kelayakan akademik dan kokurikulum yang ditetapkan sahaja layak diterima masuk ke sana, lapor Sinar Harian.

Langkah ini penting bagi memastikan kualiti pelajar MRSM selari dengan matlamat asal penubuhannya yang bertujuan melahirkan golongan profesional dalam bidang sains dan teknologi dalam negara ini.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? 

Baca: “Tak ada kes buli, tak ada pembuli” – Polis Sahkan Tiada Unsur Gangsterisme Dalam Kes Pelajar MRSM Kuantan

Mrsm Kuantan

Sumber: BH
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.