in

“Tak ada kes buli, tak ada pembuli” – Polis Sahkan Tiada Unsur Gangsterisme Dalam Kes Pelajar MRSM Kuantan

Kes Buli Mrsm Kuantan Tiada Unsur Gangsterisme

Menjadi perbincangan hangat netizen di media sosial sejak beberapa hari lalu berkenaan pendedahan seorang wanita mengenai anaknya yang dikatakan telah dibuli dan wujudnya unsur-unsur gangsterisme di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Menurut wanita berkenaan, isu ini timbul selepas dia merasa tidak berpuas hati dengan tindakan pentadbiran sekolah ke atas perkara yang menimpa anaknya termasuklah apabila didakwa pakaian digunting, rambut dipotong semasa tidur dan menerima nota-nota tulisan yang menyeramkan.

12 1

13 1

Polis sahkan tidak wujud unsur gangsterisme 

Menurut Sinar Harian, pihak polis walau bagaimanapun mendedahkan yang tidak wujud sebarang elemen gangsterisme dalam dakwaan buli membabit pelajar MRSM Kuantan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ia adalah dapatan hasil siasatan awal yang dijalankan pihak polis berhubung laporan yang dibuat ibu kepada pelajar terbabit.

299290154 5563808540307362 276927806209568333 N

 

Kita sudah merakam percakapan mereka yang terlibat seperti guru-guru, pelajar-pelajar termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan kes itu. 

“Jadi, siasatan awal mendapati tidak wujud sebarang unsur gangsterisme dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, polis juga menjelaskan yang mereka telah menerima dua laporan berhubung kes itu iaitu dari ibu mangsa dan warden MRSM berkenaan.

Pun begitu, kes ini hanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat terhadap pelajar terbabit.

“Tak ada kes buli, tak ada pembuli” 

Seorang guru dan juga aktivis yang terkenal di media sosial, Mohd Fadli Salleh juga ada memberi pendapat berkenaan isu ini di Facebook.

Katanya, menerusi kenyataan media ini, dari apa yang dia fahami, kes ini bukanlah kes buli kerana tiada pembuli mahupun orang yang dibuli.

Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku, namun tidak menghebohkan untuk menjaga emosi pelaku kerana besar kemungkinan pelaku kes ini ada masalah emosi.

“Kita doakan adik ini kembali sihat hendaknya. Minta tolong jangan kecam dan sindir pelaku walau kalian dapat teka siapa orangnya.

“Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya,” katanya.

Guru ini juga meminta para netizen untuk henti mengecam pihak warden dan MRSM Kuantan kerana sekolah tersebut juga antara sekolah terbaik negara.

Sebaiknya hanya doakan semoga kes ini selesai dengan baik. 

Baca: “Rambut dipotong masa tidur” – Viral Kes Buli di MRSM Kuantan, Hingga Kini Pelaku Masih Misteri

F2 Bmrsm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook