in

Bantu Kereta Tersadai, Wanita Terharu & Mahu Cari Pakcik Ini

Ft Pakcik Cina Baik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kisah lah lelaki atau wanita, mesti akan rasa panik jika kereta tiba-tiba meragam di tengah jalan, begitulah nasib yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Qinqin ini.

Jelasnya, keretanya tiba-tiba ‘meragam’ selepas dia turun daripada lebuhraya SUKE. Brek kaki keretanya tiba-tiba mengeras jadi semua isyarat di keretanya keluar.


Artikel berkaitan : “Saya tak tahu nak ucap macam mana” – Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sebak Terima Bantuan Kereta

Artikel berkaitan : Sekarang Dah Besar Dan Tinggi! Ini Wajah Terkini 3 Bayi &’Song Triplets’ Popular Di Korea Selatan

Disebabkan perkara itu, dia jadi gelabah, panik, menggigil sampaikan menangis sebab tergamam tak tahu nak buat apa. Pengguna jalan lain hanya membunyikan hon dan memarahinya.

“Semua kereta dah hon sekali kena marah dengan pakcik suruh aku turun alihkan kereta, terima kasih pakcik saya ingat muka pakcik sampai bila-bila.”

Tidak lama kemudian, muncul lah seorang pakcik berbangsa Cina yang datang menolong dia, katanya, pakcik tersebut sanggup bawa keretanya yang boleh dikatakan berisiko tinggi jika dipandu.

Uncle tu asalnya dah nak pergi, dia tengok aku shaking dengan menangis. Terus dia offer aku tolong bawa kereta aku dan aku bawa kereta dia. Allah maha baik.”

Memandangkan orang itu adalah individu yang tidak dikenali, pastinya terdetik rasa bimbang kerana kesemua barang berharganya ada di dalam kereta itu.

@shqn.s

TOLONG CARI UNCLE NI?! Hari yang aku ingat sampai bila bila. Shaking gelabah semua ada. Girls pandai mana pon kita cari duit hahaha kena ada ilmu pasal kereta rosak ni kena buat apa. Jangan jadi macam aku, gelabah semua tak tahu buat apa + orang hon rasa presure sangat. Alhamdulillah semua selamat. dikala negara kita banyak isu terjadi, hadir nya insan yang baik berhati mulia. Uncle where are u? #viralmalaysia #unclecinabaik

♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

Tidak sempat untuk bertegur sapa, wanita ini memohon orang ramai untuk ‘mencari’ pakcik Cina ini, katanya dia hanya sempat mengucapkan terima kasih tetapi tidak sempat berborak dengannya kerana pakcik Cina itu terus berlalu pergi.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.