in

Bantu Kawan Tak Ada Duit, Lelaki Kena Bel*sah Sampai Cedera Di Kepala Sebab Tuntut Hutang

Ft Minta Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki teruk dipukul hingga retak tempurung kepala oleh sekumpulan lelaki selepas menagih hutang RM300 daripada rakannya dalam satu kejadian di Kampung Setanggi, Johor Bahru di sini baru-baru ini.

Ibu mangsa, Norhayati A Razak, 53, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.10 petang 15 Julai lalu itu melibatkan anak sulungnya, Mohd Ahzan Husni yang berusia 35 tahun.


Artikel berkaitan : “Lebih 100 orang saya hutang” -Datuk Red Lantik Peguam, Bakal Langsai Hutang Dalam Tempoh 5 Tahun

Artikel berkaitan : “Harap ada sudi memberi” – Datuk Red Tengah Cari Kerja, Nak Sara Anak & Bayar Hutang?

Menurutnya, ketika kejadian, ada ahli keluarga cuba membantu dan mahu meleraikan pergaduhan, namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Screenshot 2024 07 31 165940

“Kejadian berlaku berhampiran rumah kami, ia disedari apabila terdengar jeritan Mohd Ahzan meminta tolong. Enam lelaki termasuk yang bertopeng memukul Mohd Azhan menggunakan cota besi dan topi keledar.”

“Ketika itu Mohd Ahzan berlumuran darah terutama di bahagian kiri wajahnya serta terbaring. Kumpulan lelaki itu kemudian melarikan diri dari lokasi dan kami membawa Mohd Ahzan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. Kami juga membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Majidee di sini sehari selepas itu.”

Tambah Norhayati, disebabkan kejadian itu, Mohd Ahzan terpaksa menjalani beberapa pembedahan terutama di bahagian kepala termasuk bagi mengeluarkan tempurung kepala yang retak.

Malah, urat kepala Mohd Ahzan juga bengkak selain daya penglihatan mata kirinya terjejas akibat kecederaan parah dialami di bahagian kepala. Lebih menyedihkan lagi, ia mengambil masa antara 6 bulan sehingga setahun dan paling lama 4 tahun untuk penyembuhan.

“Buat masa ini tempurung kepalanya masih tidak dapat dipasang atas faktor tertentu dan doktor meramalkan tempoh penyembuhan Mohd Ahzan yang paling cepat antara enam hingga setahun manakala paling lama antara setahun hingga empat tahun.”

Ibunya sangat kesal kerana niat anaknya itu mahu cuba membantu rakannya dengan meminjamkan wang atas dasar simpati diperlakukan sedemikian rupa.

Katanya, beberapa hari sebelum insiden tersebut rakan anaknya itu datang ke rumah meminjam wang dan berjanji mahu memulangkannya selepas mendapat gaji.

Malangnya, rakan anaknya itu tidak mengotakan janji setelah mendapat gaji dan Mohd Ahzan tiada wang untuk membeli susu anaknya.

Screenshot 2024 07 31 170006

“Apabila Mohd Ahzan terus menagih hutang, rakannya marah sebelum berlaku kejadian tersebut.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan memberitahu tangkapan juga sudah dilakukan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.