in

Masjid Wilayah Persekutuan Sediakan Khidmat Jagaan Kanak-kanak Ketika Ramadan, Mudahkan Ibu Bapa Solat Tarawih

Masjid Wilayah Persekutuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ibu bapa yang mahu menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid namun susah untuk mereka berbuat demikian sebab tiada yang boleh jaga anak-anak mereka ketika solat. Namun, jemaah-jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur tak perlu risau kerana pihak masjid tersebut telah menyediakan perkhidmatan jagaan kanak-kanak.


Menurut Instagram rasmi Masjid Wilayah Persekutuan, perkhidmatan jagaan anak-anak jemaah atau dipanggil Program Tarbiatul Aulad itu disediakan secara percuma dari jam lapan malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan bermula 11 Mac sehingga 5 April ini (25 Ramadan).

Perkhidmatan tersebut membolehkan jemaah-jemaah yang membawa anak-anak dapat solat tarawih dengan tenang kerana anak-anak mereka akan dijaga dengan baik oleh petugas-petugas.

Masjid Wilayah Persekutuan

Artikel Berkaitan: Suami Melenting Bila Isteri Minta Tolong Jaga Anak Sebab Tak Sihat, Berkeras Nak Tarawih Di Masjid

Artikel Berkaitan: “Cedera di badan, tangan & bahu” – Pakcik Baju Biru Jatuh Terlentang Maafkan Budak Tarik Kerusi

Difahamkan, hanya kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun sahaja yang akan dijaga di pusat jagaan masjid itu.

Difahamkan juga, anak-anak boleh bermain bermacam-macam permainan yang disediakan di situ termasuklah aktiviti mewarna dan ibu bapa tak perlu risau ketika solat tarawih sebab ada orang dewasa iaitu petugas yang jaga.

Masjid Wilayah Persekutuan

Pusat jagaan kanak-kanak itu terletak di ruang legar tingkat 2, Anjung C masjid, jadi kawasan anak-anak bermain tidak akan mengganggu orang yang sedang menunaikan solat.

Namun, ibu bapa diingatkan untuk ambil anak-anak mereka tepat jam 10 malam sebab kalau lambat ambil melebihi jam 10 malam, cas sebanyak RM10 akan dikenakan.

Bagus Masjid Wilayah ni, mudahkan urusan ibu bapa untuk beribadat dengan tenang ketika Ramadan ini. 

Sumber: Instagram Masjid Wilayah Persekutuan, Instagram @surgaroute

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.