in

“Banana tempura pun boleh!”- Kourtney Kardashian Punya Pisang Goreng Fancy Buat Malaysians ‘Triggered’

Fi Kourtney Banana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang makan pisang goreng selalunya dengan apa? Macam min, ikut selera orang Johor wajib ada sambal kicap. Rasanya fuhh mantap! Sedap gila!!

Tapi, salah seorang family Kardashian ni dah buat ramai rakyat Malaysia ‘triggered’ sebabkan pisang goreng je.


Melalui satu posting di IG story milik Kourtney Kardashian kelmarin, dia telah berkongsikan gambar pisang goreng yang dikatakan sangat fancy! Ingatkan pisang goreng cheese mak cik tepi jalan dah cukup fancy dah. Kourtney lagi another level!

Banana Tempura

Melihat daripada gambar dari IG storynya itu, pisang goreng Kourtney dimakan dengan ais krim dan siap ada chocolate drizzle ya! Nampak mewah sangat!

Tapi, bukan setakat itu je yang buatkan Malaysians ‘triggered’, kapsyennya “omg, vegan banana tempura” dekat gambar tu pun mengundang komen netizen Malaysia!

Di laman TikTok, sempat lagi pemuda ini berkongsi video reaksi terhadap ‘pisang goreng fancy Kardahshian’ ni. Itu yang sampai dapat banyak komen dari netizen Malaysia!

“Habislah lepasni makcik tulis banner ‘tempura banana Kardashians viral TikTok”- Netizen

Kalau diikutkan sebenarnya ada je pisang goreng fancy ala Kourtney Kardashian ni dekat Malaysia. Tak percaya korang cuba pergi mana-mana cafe hipster, ada rezeki mesti jumpa ‘banana tempura’ macam tu.

Untuk lega kan hati korang, petang ni pergi lah beli pisang goreng dekat makcik tepi jalan tu. Tapi jangan minta banana tempura pula! Satu hal makcik tu nak layan!

Baca: “Rasa miskin betul tengok” – Kena Ejek Tekanan Air ‘Slow’, Kylie Jenner Tunjuk Shower Canggih Dia Guna Untuk Mandi Hari-hari

Baca Kimk

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.