Kes harian Covid-19 yang masih berada pada lima angka yang bagai tiada penghujung kini nyata menakutkan semua rakyat.
Lebih-lebih lagi dengan varian Delta yang dikatakan lagi berbahaya dan boleh merebak dengan pantas seperti dimaklumkan Tan Sri Dr Noor Hisham baru-baru ini mesti membuatkan ramai orang lebih berjaga-jaga dengan perkara sekeliling.
Warga asing buat ‘selamba’ walaupun positif?
Beberapa hari lalu, viral di media sosial apabila video menunjukkan beberapa individu dihalau ketika hendak menerima suntikan vaksin.
Menerusi posting oleh @IJAT JE di akaun TikToknya, dia menunjukkan situasi dua orang individu dipercayai warga asing yang dihalau oleh petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) kerana dikatakan mereka masing-masing positif Covid-19.
Pada bahagian awal video berkenaan, dilihat seorang lelaki warga asing ini membawa borang-borang berkenaan dan petugas di sana mendapati dia dah disahkan positif pada hujung bulan lalu. Lalu apabila dilihat pada rekod penggunaan MySejahtera nya, petugas tersebut terkejut bila didapati yang lelaki berkenaan dengan selamba pergi ke banyak tempat sejak disahkan pada tarikh tersebut.
Dihalau keluar oleh frontliner
Dalam pada itu kes yang lagi satu ni pula, seorang lagi lelaki warga asing dilihat dengan tak ada rasa bersalah datang ke PPV berkenaan untuk menerima suntikan vaksin.
Petugas di sana berasa geram, bila mendapat tahu tentang status kesihatan individu berkenaan dan terus di suruh balik oleh petugas tersebut. Pada mulanya dia seakan tak nak berganjak, tapi bila petugas berkenaan ulang semula dengan nada lebih keras, barulah dia beredar pergi.
Posting tu dah menjadi perhatian ramai pihak hingga video tersebut meraih lebih dari 1.6 juta views di TikTok.
@ijat_je Ni nama nya puak2 tak guna , dah tahu positif lagi mahu merayau2 , macam mana kes tak meningkat kat selangor adoii 😫😫 #fypシ゚viral #fypmalaysia
Kenapa masih ada tak boleh nak ikut arahan lagi?
“Elok la kene marah”
Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi oleh netizen. Namun ramai yang backup petugas-petugas tersebut sebab dah faham yang mereka pun dah penat dari segi mental dan fizikal bila nak hadap dengan individu yang tak ada tanggungjawab macam ni.
Kesian gila dekat semua frontliner ni, Apa-apa pun kita jangan nak menunding jari, kita patuh dan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Stay safe semua!