Bakal Travel ke Jepun Atau Taiwan? Baik Ambil Vaksin Sebab Wabak Campak Sedang Merebak!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang plan nak travel ke negara Jepun dan Taiwan dalam masa terdekat ni, make sure ambil perhatian dan hadam betul-betul apa admin nak cakap ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, kalau korang ada plan nak ke Selatan Jepun, korang disarankan untuk tangguhkan dulu niat tu sebab sekarang ni wabak penyakit campak tengah merebak dekat Jepun dan Taiwan! What??!

Okay, so basically, wabak ni start bila seorang flight attendant penerbangan Tigerair Taiwan berusia 30 tahun yang dah terkena wabak penyakit berjangkit ni dekat Thailand.

Sumber: Forum

 

Lambat diagnos menyebabkan orang lain dah terjangkit

Lepas tu, ada pulak dua orang kru kabin yang berjangkit dengan dia dalam penerbangan ke Jepun sebab lambat didiagnos. Kru kabin yang terkena jangkitan ni pulak still bekerja walaupun sakit dan menyebabkan orang lain pulak berjangkit daripada dorang.

Orang lain tahu pasal penyakit yang dihidapi pada awal bulan April dan masa tu wabak ni dah pun merebak sampai ke Okinawa yang merupakan destinasi popular dalam kalangan para pelancong dari Taiwan. So, sekarang wabak campak dah merebak sampai ke Nagoya pulak!

 

Kementerian Kesihatan Jepun sarankan ambil vaksin

Media Jepun dah laporkan yang pada 20 April dah ada 67 pesakit yang dicatatkan terkena wabak campak ni. Majoriti daripada mereka bekerja dalam industri pelancongan. Wabak ni dah kira seriuslah sebab beberapa sekolah dekat Okinawa dah dipaksa batalkan kelas mereka.

Gambar hiasan

Dalam nak membendung wabak ni dari merebak lagi teruk, Kementerian Kesihatan Jepun sarankan sesiapa yang nak masuk negara tu, dapatkan vaksin dulu supaya dorang tak berjangkit dengan penyakit ni.

Sementara tu, Kerajaan Hong Kong pun dah start berjaga-jaga dan nasihatkan supaya vaksin diambil bagi membendung wabak penyakit ni dari terus menular.

 

Ramai dah kena kuarantin dekat Taiwan sebab penyakit ni

Buat masa ni, seramai 3,500 orang di Kaohsiung, Taiwan telah dikuarantin memandangkan dorang dah berhubungan dengan kru Tigerair Taiwan. Seramai 980 orang di Taipei pulak sedang dalam pengawasan lepas ada wabak merebak dekal hospital kat situ.

Sumber: WOB

Penyakit campak maybe tak bahaya sangat untuk orang dewasa. Tapi, boleh menyebabkan kematian dalam kalangan budak kecik dan boleh meyebabkan keguguran.

So, korang please make sure dapatkan vaksin campak sebelum travel ke negara yang dah disebutkan tadi.

Baca: Bayaran Lebih?! Mulai 2019, Siapa Nak Pergi Jepun Kena Bayar ‘Cukai Sayonara’ Sebelum Balik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.