in

Bayaran Lebih?! Mulai 2019, Siapa Nak Pergi Jepun Kena Bayar ‘Cukai Sayonara’ Sebelum Balik

Page Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ada plan nak pergi negara Jepun pada tahun depan, make sure dah ready dengan penambahan kos yang bakal dikenakan nanti sebelum pulang ke tanah air.

Menurut WORLD OF BUZZ, semua pelancong dan orang lokal Jepun yang meninggalkan bumi matahari terbit tu akan dikenakan “cukai sayonara” yang berharga 1,000 yen iaitu lebih kurang RM36 bermula dari 7 Januari 2019. Pulak dahh!


Kk
sumber: phuket news

Kiranya cukai tu nanti akan ditambah pada tambang tiket pesawat atau kapal korang, so korang tak payah bayar cukai tu secara berasingan. Also, untuk pengetahuan korang, cukai ni tak akan dikenakan kepada mereka yang berumur dua dan ke bawah serta kepada mereka yang transit di Jepun dalam lingkungan masa 24 jam.

Tokyo International Airport 01
sumber: wob

Kerajaan Jepun dah anggarkan daripada cukai ni dorang akan dapat kumpul 43 billion yen iaitu kira-kira RM1 billion dalam masa satu tahun. Parlimen Jepun dah buat kenyataan bahawa dana yang dikumpul tidak akan digunakan bagi tujuan projek kerajaan lain selain untuk projek berkaitan pelancongan je macam:

  • Untuk mempertingkatkan infrastruktur pelancongan
  • Untuk mempromosikan destinasi di kawasan pedalaman Jepun
  • Untuk membiayai kempen pelancongan global

Bukan tu je, dorang akan cuba untuk pertingkatkan servis WiFi di kenderaan awam serta membuat sistem pembayaran elektronik yang akan menyenangkan semua pengguna. Selain tu, dana terkumpul dari bulan Januari hingga Mac 2019 akan digunakan untuk memasang pagar siap dengan facial recognition. Wow!

K
sumber: nikkei asian review

BTW, bukan Jepun je yang tiba-tiba nak buat cukai ni sebab ada beberapa negara lain yang dah lama implement cara ni macam USA, Australia dan Korea Selatan yang masing-masing kenakan bayaran berbeza.

So, lepas ni kalau korang nak pergi Jepun, just make sure dah ready dengan bayaran tambahan ni ye. Walaupun korang kena bayar extra, tapi jangan berkira sangat sebab untuk kegunaan korang jugak nanti sebagai pelancong di sana.

Baca: 21 Jenis Pelepasan Cukai Untuk Kita Claim dan Dapatkan Semula Duit Pada Tahun 2018!

Lhdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.