Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob telah mengumumkan bahawa Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu.
Beliau turut berkata Bahasa Melayu ada kebarangkalian untuk menjadi bahasa utama di negara-negara Asia Tenggara pada suatu hari nanti. Difahamkan, kedua-dua negara akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata:
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju untuk memartabatkan Bahasa Melayu, yang mempunyai persamaan antara kita”
Untuk pengetahuan anda, Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan Indonesia, mempunyai asas dan persamaan dengan Bahasa Melayu.
Meskipun bahasa itu hanya dituturkan secara asli oleh 7% penduduk di sana, semasa kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, negara itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana ia dituturkan dan difahami oleh kira-kira 1,340 etnik di pulau-pulau besar Indonesia.
Untuk rekod, pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden pertamanya, Suharto, turut dibuat dalam Bahasa Melayu. Ini adalah bukti populariti Bahasa Melayu dan status bahasa ini yang sebelumnya merupakan lingua franca di rantau Asia Tenggara.
Kredit: BERNAMA
BACA: Bahasa Melayu Antara Bahasa Komunikasi Paling Banyak Digunakan Di Mekah & Madinah