in

“Bahaya nak balik sekarang” – Lelaki Myanmar Merayu Diberi Kebenaran Untuk Tinggal Di Malaysia

Collage 24

Sejak tentera mengambil alih kerajaan di Myanmar dua bulan lepas, dikatakan seramai 707 orang telah terbunuh.

Malah pada Selasa lalu, Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hak Manusia, Michelle Bachelet memberi amaran bahawa penindasan tunjuk perasaan yang berlaku di Myanmar boleh menyebabkan “konflik penuh” seperti yang berlaku di Syria.

Oleh kerana ini, seorang lelaki warganegara Myanmar merayu kepada Jabatan Imigresen untuk membenarkan dia tinggal di Malaysia buat sementara waktu walaupun visa lawatannya tamat pada 21 April.

Bercakap dengan FMT, lelaki berusia 24 tahun ini mengatakan yang dia telah pun berada di Malaysia sejak 1 Mac lalu untuk melawat teman wanitanya tapi tak boleh nak pulang ke negara asalnya kerana sempadan ditutup ekoran pandemik Covid-19.

Https3A2F2Fs3 Ap Northeast 1.Amazonaws.com2Fpsh Ex Ftnikkei 3937Bb42Fimages2F02F52F42F32F33173450 1 Eng Gb2F2021 03 18T121004Z 2143184600 Rc2Ndm9Dnjq8 Rtrmadp 3 Myanmar Politics Thailand Karen

Walaupun sekatan perjalanan antarabangsa telah dilonggarkan, lelaki ini bimbang untuk pulang ke Myanmar.

Untuk pengetahuan korang, lelaki ni sebenarnya membesar di Malaysia dan keluarganya dan pun tinggal di sini sejak bapanya bersara pada tahun 2018. Malah, bapanya juga telah mendapat kelulusan visa ‘Malaysia Rumah Kedua Saya’.

Saya tak boleh balik walaupun saya nak sebab semua lapangan terbang di Myanmar ditutup dan saya rasa risiko terlalu tinggi untuk balik sekarang.

“Saya harap imigresen Malaysia dapat berikan kelonggaran dan benarkan saya lanjutkan tempoh visa sehingga tahun depan. Saya sanggup bayar berapa pun kos yang diperlukan.”

Sebelum ini, Jabatan Imigresen mengatakan, orang asing yang visa mereka telah tamat ketika perintah kawalan pergerakan perlu tinggalkan Malaysia sebelum 21 April kalau tak mahu didenda atau ditahan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaumee Daud mengatakan, sesiapa yang mempunyai kesukaran untuk pulang ke negara asal boleh meminta agar visa mereka dilanjutkan.

Namun, menurut lelaki ini, bila dia membuat panggilan dan menerangkan tentang situasi yang dia alami ini, dia hanya menerima jawapan yang dia perlu ikut arahan dan balik sebelum 21 April.

Saya dah cuba telefon, mereka tak nak dengar bila saya cakap tentang situasi di Myanmar.”

 

Baca: Tentera Myanmar Umum 1 Tahun Darurat Lepas Tangkap Ketua Kerajaan Aung San Suu Kyi, Ini Faktanya…

Screenshot 2021 04 15 At 2.50.18 Pm

Sumber: Nikkei Asia