in

“Bagilah saya senang sikit” – Telatah Bibik Cuba Resipi Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Ft Bibik Cuba Resipi Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan Khairul Aming ini ‘raja content masakan’ untuk bulan puasa ni, segala resipi yang dikongsikannya pasti akan menjadi ilham buat rakyat Malaysia untuk membuat juadah berbuka puasa termasuklah Sarah Suhaimi ini.


Semalam, Sarah ada meminta pembantu rumahnya untuk membuat resepi agar-agar buah  yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah melihat reaksi bibiknya itu.

 

Nak pecah jantung dia buat resipi tembikai Khairul Aming ni 

Dalam 2 video yang dimuat naik, video pertama menunjukkan Sarah meminta bibiknya untuk membuat resipi agar-agar buah itu, dia memberikan iPad sebagai panduan untuk bibiknya itu. Dilihat bibiknya agak buntu sambil berceloteh ketika menonton video tersebut.

@sarahnursuhaimi

Part 1 : Bila ko suruh bibik buat Agar² Tembikai @Khairulaming ? #bibik #bibikkirimanallah #bibikkirimantuhan #pembantu #pembanturumahtangga #pembanturumah #pembanturumahindonesia #indonesia #sharEra #Malaysia #Singapore #Brunei #inspirasiramadan #inspirasiseruramadan #tembikai #khairulaming #resepi #resepiramadan

♬ Funny Song – Cavendish Music

Video yang telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan dalam masa sehari ini membuatkan ramai netizen terhibur melihat bibik ini membebel sampaikan Khairul Aming pun terkena sekali.

Jika diperhatikan profil Sarah Suhaimi, dia banyak kongsikan kerenah bibiknya dan Sarah dilihat begitu suka usik bibiknya yang penyayang terhadap anak-anaknya itu.

Memandangkan video ini tular, ia telah mendapat perhatian tuan empunya badan sendiri, Khairul Aming.

Screenshot 2023 03 30 163625

Dalam video kedua, bibiknya menyatakan bahawa dia rasa begitu gementar untuk mencuba resipi tersebut, malah bibiknya dilihat berusaha untuk cuba memotong tembikai tersebut sampai terpaksa panjat kerusi kerana saiznya yang begitu besar. Reaksi bibik apabila berjaya memotong tembikai itu membuatkan ramai terhibur.

@sarahnursuhaimi

Sambungan Part 1 @Sarah Suhaimi Kesian bibik, korang tau tak, nak pecah jantung dia buat resepi tembikai @Khairulaming ni ? #bibik #bibikkirimanallah #bibikkirimantuhan #pembantu #pembanturumahtangga #pembanturumah #pembanturumahindonesia #indonesia #sharEra #Malaysia #Singapore #Brunei #bibikviral #bibikaspalela #khairulaming #inspirasiseruramadan #inspirasiramadan #resepiramadhan #resepiramadan #tembikai

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam masa 4 jam, video tersebut telah meraih lebih 111K jumlah tontonan, ramai netizen ingin melihat hasil kejadian resipi tersebut.

Bibik Cuba Resipi Ka Bibik Cuba Resipi Ka 2

Kata Sarah, dia akan muat naik video seterusnya untuk melihat hasilnya. So, sama-sama kita tunggu, hahaha min pulak excited!

Baca : “Dah balut parcel tebal-tebal” – Khairul Aming Stres Dengan J&T Lepas Sambal Nyet Pelanggan Pecah

F2 Snbp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.