in

“Bagi makan kat siapa?”- [VIDEO] Ibu Seram Tengok Anak Suap Makan Dekat ‘Kawan Sebelah’

fi suap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak alami perkara pelik dengan anak-anak atau adik kecil korang? Orang kata, budak kecil ni selalunya boleh nampak makhluk ghaib di sekeliling diorang. Betul ke? 

Kalau korang berpeluang berada dalam situasi bersama anak-anak atau adik kecil korang yang sedang berinteraksi dengan makhluk ghaib, agak-agak apa perasaan korang?


Seperti satu perkongsian melalui akaun TikTok milik @nisdorli baru-baru ini, video yang dipostnya itu telah membuat ramai ‘meremang’ bila melihat gelagat anaknya yang seolah-olah menyuap seseorang makan bersamanya.

@nisdorli

pagi2 die seramkn ummi ?#fyp #paranormalvideos #fypage

♬ original sound – nisdorly90 – NisDorly

Perkongsian berdurasi 17 saat ini bukan saja buat Umminya seram, malah para netizen lain juga turut meremang dengan tindakan anak lelakinya yang dikatakan baru sahaja berusia lima tahun ini, seakan-akan menyuap seseorang di sebelahnya.

Ada yang nampak budak perempuan di sebelah…

Jika dilihat dengan mata kasar, memang tiada siapa di sebelah si kecil ini. Pun begitu, terdapat segelintir netizen di ruangan komen yang mempunyai kebolehan melihat ‘sesuatu’ yang ghaib mengatakan mereka nampak seorang budak perempuan bersama anaknya ini.

komen suap 6

Melalui posting yang lain pula, dikatakan anak perempuannya yang berusia empat tahun juga melihat ‘kawan’ yang sama, namun dalam bentuk yang berbeza. Apabila ditanya, si adik menjawab ‘kawan’ mereka itu mempunyai rambut yang pendek dan muka yang buruk. Manakala, si abang pula menjawab ‘kawannya’ itu cantik.

‘Kawan’ bermata merah, mulut berjahit

Di posting si ibu yang terbaharu pula telah menunjukkan anaknya melukis gambaran ‘kawannya’ itu. Agak menyeramkan apabila lukisan anaknya itu telah menggambarkan rupa ‘kawannya’ yang bermata merah dan seperti mempunyai jahitan di bahagian mulut.

@nisdorli

Reply to @ajib_yazid151694 #fypage #fypシ #paranormalvideos x sempat nk habis die terus mngamok.?

♬ original sound – nisdorly90 – NisDorly

Pelbagai andaian telah dibuat oleh para netizen di bahagian komen. Namun, ramai juga yang memberi nasihat kepada si ibu agar membawa anak-anaknya untuk pergi berubat supaya mereka tidak lagi berkawan atau melihat ‘kawan’ mereka itu.

Kalau min, fuh dah meremang habis dah! Budak mana pandai menipu kan?

Baca: Meremang! 10 Kisah Seram Universiti Awam Yang Confirm Korang Pernah Dengar

baca kawan

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.