in

“Bagi kerjasama, saya nak cepatkan” – Dr Afifah Terkejut Nubhan Tak Datang Mahkamah Untuk Proses Sulh Tuntutan Harta

ft Nubhan gagal hadir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses sulh tuntutan harta sepencarian yang membabitkan penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad dan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Unit Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan tidak dapat mencapai kata putus hari ini.

Ini kerana, Peguam Syarie yang mewakili Dr Afifah iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff menyatakan bahawa Nubhan selaku defendan tidak hadir pada prosiding berkenaan.


Artikel berkaitan : Dakwa Pecah Masuk Rumah, Dr Afifah Bakal Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Artikel berkaitan : Nubhan Nafi Dakwaan Bibik Cium Anak Sakit, Jelaskan Situasi Sebenar

Dr Afifah terkejut

“Proses sulh berjalan hari ini yang mana Pegawai Sulh mendengar keterangan pihak plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding sulh. Sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak.”

Jelasnya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan tadi, kegagalan Nubhan untuk menghadirkan diri dalam prosiding ini telah menyebabkan matlamat sulh tak dapat dicapai.

DR. AFIFAH 3

“Sebab itu yang diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang.”

Sebelum ini, Dr Afifah ditemani ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi sebelum masuk ke kamar Unit Sulh sambil ditemani Puteri Ummi Kartini dan dilihat keluar hampir sejam kemudian.

Jelas beliau, selepas prosiding ini, pihaknya akan membuat serahan saman tuntutan harta sepencarian kepada peguam defendan dan pihak defendan perlu memasukkan pembelaan.

Screenshot 2026 01 08 153052

“Peguam atau defendan sendiri kena hadir untuk memasukkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Mahkamah sudah menetapkan tarikh untuk sebutan pada 3 Februari depan, jam 10 pagi.”

“Kalau hari ini tak boleh datang, harap peguam syarie yang mewakilinya boleh datang sebab kita tak terima apa-apa notis ketidakhadiran defendan walaupun serahan notis sulh sudah dibuat kepada pihak defendan.”

Sementara itu, Dr Fie semasa ditemui turut menyatakan rasa terkejut kerana bekas suaminya itu tidak hadir kerana baginya proses berkenaan adalah untuk kebaikan anak-anak.

“Cuma saya harapkan dia hadir kalau boleh untuk prosiding akan datang. Bagi kerjasama sebab saya nak cepatkan untuk anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku anak sekolah lagi.”

“Saya dah hantar (maklumkan) semua buku sekolah, sebab dalam WhatsApp sekolah, nama saya. Jadi apa-apa maklumat mengenai sekolah, saya yang dapat.”

“Jadi dia tiada maklumat itu, saya dah ‘forward’ pada dia semua, tetapi senyap, tiada ada respons. Jadi buku anak dah beli ke? Baju sekolah anak dah beli ke? Anak nak sekolah lagi beberapa hari.”

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.