in

Ibu Sakan ‘Shopping’, Tak Perasan Dua Anak Main Dalam Baby Stroller Sampai Jatuh Eskalator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes anak kecil terjatuh dari eskalator di shopping mall sudah sering kali kita dengar. Namun, ibu bapa masih lagi tidak cakna untuk mengambil pengajaran daripada insiden-inseiden sebegini daripada terus berlaku.


Seperti kejadian yanng berlaku di Moscow, Rusia apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun telah terjatuh dari eskalator bersama adik lelakinya yang baru berusia setahun di sebuah pusat membeli-belah di sana.

 

Ibu mencuba pakaian di kedai berhampiran

Menurut Daily Mail, ibu kanak-kanak tersebut telah menyuruh anak perempuannya, Mudina dan seorang lagi rakan anaknya itu untuk berdiri di luar kedai sambil menjaga adiknya, Mukhammadali yang diletakkan di dalam baby stroller, sementara dia ingin mencuba pakaian di sebuah butik pakaian berhampiran.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak perempuan berkenaan mengambil kesempatan pula untuk bermain di eskalator sambil menolak baby stroller adiknya.

Dia yang hilang kawalan telah menyebabkan kedua-duanya terjatuh dari eskalator tersebut.

 

Diselamatkan pekerja

Seorang pekerja yang tengah merokok telah ternampak kejadian itu dan dia bertindak pantas berlari ke bahagian bawah eskalator itu untuk menyelamatkan dua beradik tersebut sementara rakannya pula telah berlari untuk memanggil ibu kepada dua beradik tersebut.

Lapor media tempatan, kanak-kanak perempuan itu telah diarahkan oleh ibunya untuk berdiri berhampiran butik pakaian tersebut, namun dia bertindak untuk melanggar arahan ibunya yang seterusnya menyebabkan insiden ini berlaku.

 

Kecederaan ringan

Kedua-dua beradik itu mengalami kecederaan di kepala akibat terhentak di eskalator. Adik lelakinya juga kehilangan dua batang gigi dan mengalami luka di bahagian lidah dan dagu dan sedang dirawat di Hospital Botkin.

Manakala kakaknya pula dibenarkan untuk pulang ke rumah. Pekerja sosial meminta siasatan lanjut dilakukan terhadap kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Haih nasib baik kecederaan tak berapa serious. 

Baca: ‘Berehatlah si kecil’ – Bayi 5 Bulan Maut Dilanggar Van, Angkara Ibu Terlupa ‘Brake’ Stroller

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.