in

“Badan orang Korea tak berbau” – Doktor Jelaskan Bau Badan Ada Kaitan Dengan Tahi Telinga

Korea 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa kita dengar, salah satu sebab badan orang Korea tak berbau adalah kerana cuaca mereka di sana yang sejuk tetapi kering. Jadi, walaupun berpeluh, mereka tiada bau badan. Lain pula dengan kita di Malaysia, kalau berpeluh je mesti badan berbau, betul tak?


Rupanya bau badan ini ada kaitan dengan keadaan tahi telinga dan satu genetik ini. Nampak tak make sense tetapi perkara ini telah diterangkan oleh seorang doktor yang bernama Dr Qarafi Tee yang mana dia memberitahu sebab kenapa ada orang yang berpeluh tetapi badan mereka tidak berbau.

@qarafitee

Bau badan disebabkan genetik? Tak salah sb memang bolehh jadi. Cuba komen korang punya cair ke kering? #viral #fyp #drqarafitee #CapCut

♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio

Tahi telinga kering atau basah?

Menurut Dr Qarafi Tee, orang yang mempunyai tahi telinga kering tidak berpotensi untuk mempunyai masalah bau badan berbanding mereka yang mempunyai tahi telinga basah. Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai masalah bau badan perlu memakai deodarant.

Ia juga berkait rapat dengan satu genetik yang dipanggil ABCC11 yang mana mereka yang mempunyai gen tersebut tidak akan mengeluarkan bau badan.

Artikel berkaitan: “Depa kurang sikit adab” – Influencer Cerita Pengalaman Kena Pandang Rendah Dengan Orang Korea

Artikel berkaitan: Kadar Kelahiran Korea Utara Menurun, Kim Jong Un Menangis Minta Wanita Lahirkan Anak

Bau badan kita ni terjadi bila berpeluh especially bau ketiak tu, dia akan keluarkan cecair dan certain chemical. Bila benda tu in contact dengan bakteria yang memang ada pada badan, so benda tu yang menyebabkan badan kita berbau.

Lain bagi mereka yang mempunyai gen ABCC11 ini, badan mereka tidak akan mengeluarkan cecair kimia tersebut bersama air peluh. Oleh itu, badan mereka juga tidak akan berbau.

Badan orang Korea tak berbau?

Tambah doktor tersebut, orang yang berbangsa Korea dan Cina paling ramai mempunyai genetik ABCC11 dan disebabkan itu, mereka jarang memakai deodarant kerana badan tidak berbau.

Orang Cina dan juga orang Korea yang ada genetik macam ni sebab tu jarang kita jumpa badan dia berbau atau jarang mereka pakai deodarant.

Gen 1 E1705030536150

Namun, ia juga berkait rapat dengan cara pemakanan dan keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan badan mereka berbau walaupun mempunyai genetik ABCC11.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen boleh relate dengan apa yang dijelaskan oleh doktor tersebut.

, Korea 1

Oh patutlah min pelik ada orang yang takde bau badan walaupun berpeluh. Diorang ada genetik ni rupanya..

Sumber: TikTok, ResearchGate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.