Azmin Ali Tolak Tawaran Tun M Ke Kerajaan Persekutuan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Orang-orang Selangor boleh menarik nafas lega sebab Azmin Ali tak akan ke mana-mana!

Menteri Besar Selangor ni banyak membuat inisiatif baru dan membantu orang-orang di Selangor. So, memang tak hairanlah kenapa ramai orang yang sayangkan beliau. Dan rupanya beliau juga sayangkan Selangor sehingga sanggup menolak tawaran Tun M.

Sumber: The Malaysian Times

Menurut sebuah video di Youtube, Azmin Ali berkata beliau sukar untuk membuat pilihan sama ada nak ke Kerajaan Persekutuan atau tidak. Namun, Azmin tetap ingin kekal bersama dengan Selangor.



“Saya sukar untuk membuat pilihan, nak kekal Selangor atau nak ke Putrajaya.”

Ujarnya lagi, Tun M telah memujuknya untuk ke Kerajaan Persekutuan. Tapi setelah dipertimbangkan, dia terpaksa menolak tawaran tersebut dan terus meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Tuanku Sultan Selangor.

“Setelah timbang punya timbang, tawaran yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohamad kepada saya sehingga semalam, beliau masih lagi memujuk saya untuk bersama-sama di Persekutuan tetapi saya telah memberikan keyakinan saya kepada Tuanku Sultan Selangor.

Sumber: Blog

Saya sayang Negeri Selangor dan saya akan kekal di Negeri Selangor.”

Confirm rakyat Selangor pun seronok dengan keputusan YB ni…

Baca: Baru 6 Hari, Tun M Dah Buat 10 Perkara Ni



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.