Walaupun kita sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu lepas, sehingga kini tidak ketahui parti manakah yang akan diangkat menjadi kerajaan kerana masing-masing tidak mencapai majoriti mudah yang dimahukan.
Ramai di kalangan netizen memberikan pelbagai pandangan mengenai hal ini termasuklah golongan selebriti seperti PU Riz atau nama penuhnya, Haris Ismail yang prihatin dengan isu politik semasa negara.
https://www.instagram.com/p/Ck3XpisPLTi/?hl=en
“Kita tak nak lagi agama Islam dipermainkan, azan kena slow”
Walau bagaimanapun, posting yang dimuat naik Haris di Instagram baru-baru ini telah mengundang persoalan netizen apabila dia mengatakan bahawa sesiapa pun yang dilantik menjadi kerajaan atau pemimpin selepas ini, dia tidak mahu agama Islam dipermainkan, azan diperlahankan dan sebagainya berlaku.
https://www.instagram.com/p/ClMFeIgP0xf/?hl=en
Sesiapa pun yang dilantik nanti, kita tak nak lagi agama kita Islam dipermainkan, azan kena slow dan what not. Islam sebagai cara hidup kita!” kata ayat-ayat di dalam lukisan komik tersebut.
“Cuba habaq kat mana azan slow tu?”
Rata-rata netizen di ruang komen kemudian mempersoal kenyataan PU Riz dengan mengatakan fakta mengenai azan diperlahankan itu tidak benar sama sekali kerana jika ia merujuk di negeri seperti Pulau Pinang, azan tetap berkumandang seperti biasa tanpa halangan.
Malah ada juga yang meminta supaya PU Riz memberi bukti jika perkara tersebut benar-benar berlaku.
Apa-apapun diharapkan korang sentiasa tenang dalam menanti keputusan mengenai siapakah bakal calon PM ke-10 nanti. Jangan buat sebarang provokasi, karang tak pasal polis cari.
Baca: PDRM Beri Amaran Tegas Terhadap Konten Berbaur Perkauman & Provokasi