in

“Ayat Al-Quran jelas tertera kat situ” – Petikan Surah Al-Hijr Dicetak Pada Seluar Dalam Lelaki

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pembeli dan pengguna , kita kena sentiasa berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. Kalau beli makanan, tengok dulu bahan-bahan yang digunakan dan jangan lupa periksa tarikh luput. Kalau beli pakaian pula, tulisan pada baju pun kena check tau. 


Sebab menurut Sinar Harian, ada cetakan ayat Al-Quran pada seluar dalam lelaki yang dijual di pasar raya di Sandakan, Sabah. Difahamkan, ayat 98 Surah Al-Hijr telah dicetak pada boxer yang dijual.

Surah 2

Sebelum ini, isu petikan ayat surah Al-Quran dicetak pada pakaian lelaki itu telah tular di Facebook dan ianya telah disahkan sendiri oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS).

Pihak jabatan terbabit telah memeriksa penjualan seluar tersebut di pasar raya berkenaan pada Jumaat lalu namun ia didapati telah disimpan semula. Walau bagaimanapun, apabila pemeriksaan dijalankan di sebuah cawangan lain pasar raya terbabit, pihak mereka mendapati ada seluar dalam yang sama dipamerkan.

Surah 1

Jadi, sehelai seluar dalam berkenaan telah dirampas dan pihak pengurusan pasar raya juga telah diminta oleh JHEAINS untuk menghentikan penjualan seluar itu.

Selain itu, ada juga seluar dalam lain yang turut menggunakan gambar ketuhanan agama lain,”  kata Romzi Abdul Rahman, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan.

Namun, untuk pengetahuan semua, seluar dalam tersebut tidak dihasilkan oleh pasar raya berkenaan.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Baca: Blogger Buat Parodi ‘Surah Corona’ Dijatuhkan Hukuman 6 Bulan Penjara

Surah

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.