in

Ayam Atau Telur Yang Wujud Dulu? Dr Zulkifli Al Bakri Jawab Persoalan Netizen

Telur Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semasa di bangku sekolah lagi kita sering ditanya mengenai soalan pelik-pelik mengenai kewujudan alam.


Antara soalan yang sering berbuat kita berfikir panjang dan kadangkala agak memeningkan kepala ialah sama ada ayam atau telur, yang mana wujud dahulu?

Ayam Telur Main

Korang rasa yang mana satu? Kalau mengikut sains, ayam berasal daripada telur yang menetas. Tapi wujudnya telur pula daripada ayam yang telah mengeram telurnya berhari-hari lamanya.

 

“Yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati” 

Pun begitu, korang tak perlu nak pening-pening fikirkannya lagi kerana bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ada jawapannya dan beliau menjawab persoalan ini daripada sudut pandang Islam.

Menerusi perkongsiannya di laman Maktabah Al Bakri, beliau menjelaskan bahawa Allah SWT berfirman dari Surah al-Rum ayat 19,

Yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.”

Antara 4 tafsiran Al-Mawardi mengenai ayat tersebut:

  1. Dikeluarkan manusia yang hidup daripada air mani yang mati, dan dikeluarkan air mani daripada manusia yang hidup. Hal ini sebagaimana pendapat Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Abu Sa’id al-Khudri, Mujahid, Qatadah dan Ibn Jubair.
  2. Dikeluarkan orang mukmin daripada kekafiran, dan dikeluarkan orang kafir daripada keimanan. Hal ini sebagaimana pendapat Umar al-Khattab RA dan al-Zuhri. Ia juga diriwayatkan daripada al-Aswad bin Abd Yaguth, daripada Nabi SAW.
  3. Dikeluarkan ayam daripada telur, dan dikeluarkan telur daripada ayam sebagaimana pendapat Ikrimah.
  4. Dikeluarkan pokok kurma daripada benihnya, dan benih daripada pokok kurma, tangkai daripada bijinya, dan biji daripada tangkainya. Sebagaimana pandangan Ibn Malik dan al-Suddi.

Cara Ternak Ayam Kampung

Daripada penjelasan di atas, beliau telah membuat kesimpulan yang jelas bahawa ayam terlebih dahulu yang diciptakan sebelum telur.

Hal ini kerana Allah berfirman bahawa Dia telah menciptakan makhluk hidup termasuk haiwan berpasang-pasangan. Justeru, yang diciptakan dahulu adalah ayam sebelum telur,” tulis Dr Zulkifli al-Bakri.

Korang boleh baca keseluruhan penjelasan di bawah:

Sebagai tambahan, persoalan ini juga dibahaskan oleh kelompok ateis yang menafikan kewujudan Pencipta. Seorang ulama’…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Sunday, January 30, 2022

 

Walau bagaimanapun menurutnya lagi, isu ayam terlebih dahulu diciptakan daripada telur ini disebut sebagai masalah fudhuliah iaitu perkara ini jika diketahui pun tidak memberi sebarang manfaat dan jahil mengenainya pun tidak membawa sebarang kemudaratan.

Oleh itu, korang semua jangan lagilah pening-pening mengenai isu ini lagi. Dah lega kan sekarang dah tahu ayam atau telur siapa wujud dahulu? 

Baca: Tahukah Anda, Ayam Betina Boleh Bertelur Walaupun Tanpa Ayam Jantan? Ini 6 ‘Fun Facts’ Tentang Ayam

Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.