in

“Ayah timbang satu2 nak bagi adil untuk anak2” – Netizen Sebak Lihat Bapa Gigih Pos Buah Untuk Anak-anak

Ayah Beri Rambutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia duduk di rumah dan tidak boleh merentas daerah mahupun negeri susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.


Perkara ini telah menjarakkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa yang jauh tinggal di kampung dan merindui kepulangan orang yang mereka sayangi.

Disebabkan anak-anak tidak dapat pulang ke kampung, viral sebuah video di TikTok @shopeekaa memaparkan ayahnya sanggup membungkus buah-buahan dengan banyak untuk dipos buat anak-anak yang jauh di perantauan.

@shopeeka

T ksh ayah #pengorbananayah #kasihayah #kasihayahsampaisyurga

♬ Rindu Untuk Ayah – Izzy

 

Bapa kutip buah dan timbang serta bungkuskan buat anak-anak 

Menerusi video tersebut dapat dilihat pakcik ini dengan tenang dan gigih menyiapkan bungkusan dipenuhi buah-buahan buat anak-anaknya.

Ini termasuklah dia menyediakan asam keping buat anak-anaknya dan kutip serta siap timbang setiap bungkusan yang berisi buah rambutan sebelum dihantar ke pejabat pos. Allahu… sebak min tengok usaha seorang ayah. 

Ayah

 

“Part timbang sama rata tu touching… semoga sihat selalu” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa tersentuh dan berharap suatu masa nanti mereka dapat pulang bertemu ibu ayah di kampung halaman setelah PKP ditamatkan.

Hebat

Baca: “Semoga kuat dik” – Ramai Sebak Lihat Frontliners Cuba Tenangkan Adik Ni Sedih Ibu Meninggal Akibat COVID 19

Covid

Sumber: TikTok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.