Ramai rakyat Malaysia yang mudah bersimpati melihat orang yang kurang bernasib baik dan sudah semestinya ada yang sudi menghulurkan bantuan. Namun, ada segelintir pihak dilihat cuba ambil kesempatan.
Satu video viral memperlihatkan seorang lelaki dilihat seperti ‘tersadai’ di stesen petrol kerana motor yang ditunggangnya kehabisan minyak, ada pihak yang berhati mulia cuba memberikan bantuan.
Ayah aku pernah bagi RM 100″
Bagaimanapun, menurut seorang netizen di Twitter individu itu didakwa hanya berpura-pura, kejadian ini berlaku di sebuah stesen petrol di Inderapura,Kuantan.
Dikatakan, apabila ada orang melihatnya, pakcik itu akan membuat ‘muka kesian’ sampailah ada orang datang menghampirinya untuk memberikan wang.
Namun begitu, setelah dia beredar individu itu dikatakan akan datang balik, melakukan perkara yang sama.
⚠️ ? 18 Ogos 2021 : Stesen Minyak Shell Inderapura,Kuantan
Pakcik ni buat buat macam motor rosak habis minyak buka seat motor setiap masa tengok orang buat muka simpati sampai ada orang bagi duit dia blah and datang balik … pic.twitter.com/Pu6LRO3y5p— zɐıɯ (@ikmalzaim_) September 16, 2021
Malah, individu yang kongsikan video ini menjelaskan bahawa ayahnya pernah memberikan RM 100 kepada individu tersebut, namun begitu dia di maklumkan jirannya bahawa individu itu sudah beberapa kali duduk disitu untuk minta simpati.
Video pertama dirakam pada bulan lepas, selepas hampir sebulan perakam ke lokasi itu dan melihat bahawa individu tersebut masih ada disitu melakukan kegiatan yang sama.
Harini aku singgah shell tengok dia ada lagi minta simpati sampai pergi dekat orang tengah isi minyak minta duit pic.twitter.com/AIL4cPnEqK
— zɐıɯ (@ikmalzaim_) September 16, 2021
Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, walaubagaimanapun, ramai yang anggap kemungkinan pakcik tersebut dianiaya dan ada juga yang cuba fikir dari sudut positif, seandainya dia benar-benar susah mungkin wang itu telah membela nasibnya, namun seandainya dia memang benar-benar menipu itu adalah dirinya dengan tuhan.
Tak apa lah, kita sebagai pemberi kita dah buat yang terbaik dan melakukan amal sedekah.