in

“Awak nak saya bersara? Just joking!” – Chong Wei Umum Akan Kembali Ke Gelanggang!

Chong Wei Bersara Omg Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghujung September lalu kita semua dikejutkan dengan berita tentang jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung. Beliau diterbangkan ke Taiwan untuk mendapatkan rawatan selama dua bulan sebelum pulang ke tanah air semula pada 7 Oktober.

Berita itu sudah semestinya memberi kesan bukan sahaja kepada keluarganya tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan karier beliau sejak dari dulu lagi. Bekas pemain nombor satu dunia itu juga turut menjadi tajuk utama di beberapa akhbar di China, Taiwan dan Hong Kong.


Lcw
sumber: nst

Hari ini, wira negara itu memberitahu Malaysia satu berita yang juga mengejutkan tapi akan dapat kembalikan semula senyuman kita semua. Menurut FMT,

Lee Chong Wei mengesahkan yang beliau akan kembali ke gelanggang badminton!

Pengumuman itu dibuat oleh tuan empunya badan pada sesi sidang media di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara jam 2.30 petang tadi. Keputusan itu dibuat kerana rasa cintanya terhadap negara dan sukan badminton.

I love badminton. I will try my very best.” 

Atlet berusia 36 tahun itu berkata beliau harus sentiasa mendengar nasihat doktor dalam apa jua keadaan sekalipun namun akui sudah mulakan latihan ringan di rumah dan sedang mencuba untuk kembali aktif.

Buat masa sekarang, kesihatan adalah lebih penting. Saya berharap dapat kembali ke gelanggang pada tahun hadapan tetapi saya perlu dapatkan stamina semula.”

Dlcw
sumber: bfm

Rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjalanan karier Chong Wei sejak dari dulu lagi dan Lobak Merah berharap beliau akan terus sihat untuk berikan yang terbaik. Semoga Lee Chong Wei terus sukses! All the best LCW!

Chong.wei
sumber: nst

Baca: 6 Momen Lee Chong Wei Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia Paling Diingati Ramai

Lee Chong Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.