Beberapa hari lalu, seorang atlet pencak silat yang berasal dari Sabah, Merrywati Manuil telah berjaya mengharumkan nama negara apabila dia berjaya memenangi pingat emas di acara Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 yang diadakan di MITC Melaka.
https://www.instagram.com/p/CguJZSMvdEt/?hl=en
Kemenangannya ini jelasnya telah membuatkan orang ramai turut tumpang bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh atlet muda ini. Selain itu, Merrywati juga sering mendapat pertanyaan dari netizen yang mahu mengetahui kenapa dia memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan walaupun ianya tidak wajib.
Menerusi Instagram, pemenang pingat emas ini menjelaskan, walaupun dia bukan orang Melayu tapi dia sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.
https://www.instagram.com/p/Cg7Fg4cvrmP/?hl=en
Silat adalah warisan orang-orang melayu . Saya sebagai orang bukan melayu sangat menghormati, menggagumi dan mencintai SILAT. Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“TUDUNG bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan , kemas dan beradab semasa pertandingan.”
Selain itu, remaja ini turut menegaskan bahawa pemilihannya untuk memakai tudung ketika pertandingan ini bukanlah paksaan dari mana-mana pihak dan hanya mengikuti apa yang dia pelajari.
Semestinya TIADA paksaan dari mana mana pihak. Saya belajar ILMU orang melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang sy pelajari.
“Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab.”
Apa-apa pun tahniah kepada Merrywati, moga dapat terus mengharumkan nama negara.
Baca: Miliki Rupa Persis Syed Saddiq, Ramai Netizen Cair Tengok Atlet Gimnastik Malaysia