Saat Sukan Sea Hanoi, Vietnam sedang giat berlangsung, ada tumpuan lain yang telah menarik perhatian penonton. Ada rakyat Malaysia yang matanya kini sedang tertumpu kepada seorang atlet gimnastik lelaki ini.
Ketampanannya telah membuatkan pengulas sukan sendiri tertumpu kepadanya, siap sempat berseloroh mengenai paras rupa dan kemahiran sukannya.
Macam Syed Saddiq- Netizen
Dalam masa 2 jam, keratan video yang dikongsikan semula di TikTok ini telah meraih hampir 100K jumlah tontonan.
Ramai netizen mula tertanya-tanya gerangan atlet tersebut, selain penampilannya, mereka terhibur dengan cara pengulas mention kekacakannya itu, malah warganet turut perhatikan bahawa rupa atlet ini persis dengan bekas Menteri Sukan, Syed Saddiq.
@incikmimpi21k sape ni atlit ni gais?? #fyp #foryoupage #masukberanda #viral #myvi #sukansea2022
♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku – Isma Sane
Bukan sahaja di di TikTok, di Twitter juga gambarnya tertumpu kepadanya mereka juga menyifatkan perkara yang sama apabila melihat rupa atlet ini.
Jarang gymnast lelaki melayu tau pic.twitter.com/V5QJSQtAQN
— Being+Me (@BeingPozMe) May 16, 2022
Muhammad Sharul Aimy Kamarul
Untuk pengetahuan, atlet ini bernama Muhammad Sharul Aimy Kamarul, berusia 20 tahun dan dia merupakan anak kelahiran Terengganu.
Lapor Sinar Harian, dia dan atlet gimnastik lelaki Ng Chun Chen meraih pingat perak selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir pada 19 Disember lepas.
Mereka memenangi acara palang sejajar (parallel bars) dan melombol (vault), yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 Disember.
Baca : Terpilih Jadi Bidan Terjun, Atlet Lari Pecut Masuk Acara Lompat Bergalah Raih Emas!