in

“Atlet negara pun duk rumah je” – 9 Warga Myanmar Ditahan Sebab Main Takraw Waktu PKP, Alasan Nak Keluarkan Peluh

Combine Talraw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni eloklah duduk rumah je, tak perlu keluar buat sebarang aktiviti melainkan untuk beli barang keperluan harian. Sehingga hari ini, masih ramai individu yang ditangkap akibat melanggar PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.


Seperti yang berlaku di Langkawi, seramai 9 orang warga Myanmar ditahan kerana bermain takraw semasa PKP ni dan memberi alasan untuk keluarkan peluh. Hal ini berikutan aduan daripada orang awam dimana kumpulan lelaki ini melakukan aktiviti tersebut di Kampung Chandek Kura jam 6.45 petang, lapor Harian Metro.

Main Takraw 1585626100 1

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kumpulan itu adalah antara 34 individu yang berusia 14 dan 45 tahun ditahan dalam operasi berakhir 12 tengah malam tadi.

Selain itu, polis juga turut menahan 5 lelaki warga asing di mana 2 diantaranya ialah warga Thailand dan selebihnya ialah warga Sudan, Belanda dan Libya.

Ada lagi 20 warga tempatan yang ditangkap dalam operasi itu kerana kesalahan berhimpun di Kampung Kisap dan Bukit Malut, tambahnya.

Semua individu yang terlibat direman dan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Baca : “Elok lah tangkap duk dalam lokap” – Main Bola Sepak Waktu PKP, 7 Individu Ditahan Polis

Bola

 

Sumber: Harian Mtero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.