Acara Astro Home of Kids yang berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025 di Pavilion Exhibition Centre (PEX), Bukit Jalil baru-baru ini ternyata menjadi tumpuan utama cuti sekolah. Dengan kemasukan percuma dan dibuka kepada semua, acara empat hari penuh keceriaan itu berjaya mengumpulkan ribuan keluarga untuk bersama-sama menikmati dunia penuh imaginasi, hiburan dan kenangan indah.
Tahun ini, Astro bekerjasama dengan Nick Jr, Nickelodeon, CBeebies, Astro Ceria, Xiao Tai Yang, Disney+ Hotstar, Cartoon Network, Monsta, Warnakala Studios dan Nu Ideaktiv, mencipta suasana penuh warna-warni yang disukai anak-anak. Mereka berpeluang bertemu karakter kegemaran, menyelami dunia pengembaraan dan mencipta memori yang sukar dilupakan.
Home of Kids bertujuan untuk menjadikan detik harian suatu pengembaraan, di mana keluarga melangkah ke dalam dunia yang dipenuhi keriangan, muzik dan imaginasi. Kami amat berbangga kerana melalui acara ini, setiap kanak-kanak pulang dengan senyuman lebar dan kenangan indah, sama ada melalui pertemuan dengan watak kegemaran mereka, menari di konsert mini, atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.” – Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro.
Aktiviti penuh sambutan
Sepanjang empat hari, pelbagai aktiviti menarik menjadi tarikan utama di sana, antaranya:
- Konsert Mini Didi & Friends – Penonton menyanyi, menari dan bergelak ketawa bersama Didi, Nana dan Jojo.
- Penampilan Karakter Khas – Persembahan pentas, kemunculan di booth dan sesi mesra bersama Ultraman Omega, BoBoiBoy, Papa Zola, Super Wings, The Amazing World of Gumball dan banyak lagi.
- The Chosen One XTRA Live – Penampilan istimewa peserta The Chosen One XTRA yang menampilkan persembahan langsung serta sesi ramah mesra eksklusif.
Ramai keluarga juga mengambil peluang membawa pulang Router Eksklusif Didi & Friends x Astro Fibre apabila mendaftar pelan 500Mbps dengan harga promosi RM90/sebulan (harga asal RM189). Promosi ini menjimatkan sehingga RM2,000 untuk 2 tahun, dengan pilihan tiga reka bentuk router yang menampilkan karakter utama Didi & Friends.
Komitmen Astro terhadap hiburan selamat
Selain hiburan, Astro terus menekankan kepentingan keselamatan kanak-kanak. Dengan kawalan ibu bapa, Profil Kanak-Kanak dan program mesra kanak-kanak, ibu bapa boleh berasa yakin anak mereka menonton dalam suasana selamat.
Astro turut bekerjasama dengan Children’s Protection Society (CPS), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi memastikan kandungan boleh diakses semua golongan, sambil memupuk nilai positif serta kesedaran tentang keselamatan.
Walaupun acara tamat, hiburan Kids masih berterusan
Walaupun Astro Home of Kids sudah berakhir, pelanggan Astro masih boleh terus menikmati pelbagai kandungan Kids setiap hari. Dengan tujuh saluran khusus dan lebih 14,000 video On Demand, ada pelbagai pilihan kartun, filem animasi, filem aksi langsung dan juga anime untuk ditonton pada bila-bila masa.
Yang lebih menarik, Pek Astro Kids kini boleh ditambah sebagai add-on dengan hanya RM9.99 sebulan, menjadikan pengalaman hiburan anak-anak lebih lengkap di rumah.
Selain itu, pelanggan boleh langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan untuk akses penuh hiburan keluarga, atau strim kandungan Kids melalui sooka.my dengan pelan Entertainment dan ke atas.
Disokong pelbagai jenama
Acara tahun ini disokong oleh Pavilion Group, KFC, Petrosains dan The Chicken Rice Shop, sekali gus menambah lagi kemeriahan dan pengalaman buat seisi keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan kandungan Astro Kids, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.