fbpx
in

“Kalau pembalakan sebabkan harimau keluar, kenapa gajah dan beruang tak muncul” – Timb. Menteri Besar Kelantan

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah dikecam teruk selepas menyatakan aktiviti pembalakan sebenarnya mampu menambah populasi harimau belang.


Menurutnya, pembalakan akan menjadikan lebih banyak pokok baharu tumbuh, sekaligus memberi tarikan kepada haiwan kecil seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut. Oleh itu, harimau belang dikatakan tidak akan terputus sumber makanan.

Terkini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tampil untuk mempertahankan kenyataan tersebut.

Download 1 1

Menurutnya, proses pembalakan yang teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara mampu membantu pengurusan dan kestabilan hutan.

Yang dia (Pengarah Perhutanan Negeri) sebut itu betul… ada kajian orang buat.. WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia).

Berdasarkan pandangan itu makna pembalakan ini… maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar… banjir dan lain-lain.”

Mengulas lanjut, pihak kerajaan juga dikatakan mengamalkan sustainable logging atau pembalakan mampan, sekaligus menyangkal tuduhan orang ramai yang menganggap proses pembalakan sebagai punca harimau keluar.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mempersoalkan jika pembakalan menyebabkan harimau keluar, mengapa binatang liar lain seperti gajah, beruang dan sebagainya tidak berkeliaran di perkampungan Orang Asli.

Malaysia Tiger Harimau Wikipedia

Menurut Mohd Amar, hutan simpan boleh dibahagikan kepada dua iaitu hutan simpan perlindungan dan hutan simpan pengeluaran yang dikhususkan untuk aktiviti pembalakan, di mana ia masih terikat dengan peraturan catuan tebangan.

Tambahnya lagi, Kelantan mempunyai hutan simpan yang berkeluasan ratusan ribu hektar yang tidak diusik.

Mohd Amar turut menyeru orang ramai agar tidak menyalahkan aktiviti pembalakan sebagai punca harimau keluar atau kejadian banjir.

Sumber: Awani

Baca: Pengarah Perhutanan Kelantan Dikecam Selepas Dakwa Aktiviti Pembalakan Bantu Tambah Populasi Harimau Belang

Capturez 1

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top