in

Asia Tenggara Dilanda Gelombang Banjir Dahsyat, Selain Malaysia, Thailand, Indonesia & Vietnam Antara Teruk Terkesan

banjir di asia tenggara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh melanda seluruh Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Susulan itu, operasi bantuan telah digerakkan di kebanyakan daerah dalam usaha membantu mereka yang terperangkap dan lebih menyedihkan bencana ini juga telah meragut korban nyawa terutamanya di Vietnam.


Berikut situasi terkini yang sedang berlaku di negara-negara Asia Tenggara:

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: Sukarelawan Kongsi Video Warga Malaysia Terpaksa Bersesak Naik Lori

Artikel berkaitan: Sukarelawan Terkedu Mangsa Banjir Di Hatyai Tidak Mahu Diselamatkan Sebab Belum Waktu ‘Check-out’

Vietnam 

Angka korban di Vietnam dikatakan telah mencecah 91 orang dengan 11 orang dilaporkan hilang setelah negara itu dilanda hujan luar biasa yang berterusan sejak seminggu yang lalu.

Banjir besar berlaku di wilayah Quang Tri hingga ke Lam Dong mengakibatkan pergerakan tanah di kebanyakan kawasan.

Dak Lak pula menjadi provinsi yang paling teruk terjejas dengan 60 mangsa terkorban manakala kematian lain pula direkodkan di wilayah seperti Khanh Hoa, Lam Dong, Gia Lai, Da Nang dan Quang Tri.

Tular juga video memaparkan perubahan di lokasi pelancongan seperti Da Nang, Nha Trang dan Dak Lak yang musnah akibat banjir.

@thanktripglobal

Vietnam Before and After flood part 2. Update as of November 21,2025: Flooding is currently occurring in Nha Trang, Dak Lak, Da Lat, and Da Nang in Vietnam. #thanktripglobal #flood #storm #vietnam #flooding

♬ nhạc nền – ThankTrip Global – ThankTrip Global

Thailand

Manakala di Thailand pula, hampir dua juta penduduk terjejas selepas banjir kilat melanda wilayah selatan pada akhir minggu lalu.

Pihak berkuasa di sana kini membuat persediaan untuk menghantar bekalan bantuan dan pasukan perubatan ke kawasan terkesan banjir selepas 13 mangsa disahkan maut.

Lebih mengejutkan, di bandar Hatyai, Songkhla, corak taburan hujan selama 24 jam direkodkan mencecah 335 milimeter pada Jumaat lalu, yang mana ia merupakan rekod tertinggi dalam tempoh 300 tahun!

Sehingga kini, beberapa kawasan di 10 provinsi selatan negara itu dilanda banjir separas pinggang.

Dilaporkan juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana, kebanyakannya sudah mendapatkan bantuan dan lebih 6,300 rakyat Malaysia telah melintasi sempadan dan selamat tiba di tanah air berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam satu video yang tular di Threads, dapat dilihat pasukan penyelamat di sana sedaya upaya cuba menyelamatkan rakyat yang terkandas di rumah masing-masing, terutamanya kanak-kanak dan orang tua antara golongan yang paling memerlukan bantuan.

 

View on Threads

 

Indonesia 

Bukan sahaja di Malaysia dan Thailand, negara jiran Indonesia juga antara yang terkesan dengan musibah apabila enam wilayah di Sumatera Utara dilaporkan berdepan banjir ‘badang’ atau banjir besar dan tanah runtuh.

Bencana yang melanda wilayah seperti Tapanuli Utara, Tapanuli Tengah, Tapanuli Selatan, Sibolga, Mandailing Natal dan Nias itu telah meragut 10 nyawa dengan 3 orang cedera dan 6 hilang.

Pihak berkuasa di sana memaklumkan bahawa terdapat 20 kejadian bencana alam yang kini sedang berlaku di enam wilayah tersebut.

Direkodkan sebanyak 20 kejadian bencana yang terdiri daripada 12 tanah runtuh, 7 banjir dan 1 pokok tumbang,” kata pihak berkuasa.

Ratusan rumah penduduk juga rosak akibat bencana yang melanda dan ribuan terpaksa berpindah akibat kejadian ini. Tular beberapa video menyayat hati memaparkan situasi terkini penduduk di wilayah yang terkesan akibat banjir besar berkenaan.

 

View on Threads

 

Sungguhpun banjir monsun merupakan fenomena tahunan, saintis memberi amaran bahawa iklim yang semakin panas berisiko memburukkan lagi cuaca yang tak menentu termasuk taburan hujan di Asia Tenggara yang akan mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di rantau ini berlaku dengan lebih kerap.

Sumber: Sinar Harian, Detik.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.