in

“Asalkan halal, dapat tanggung anak” – [VIDEO] Susah Sangat Nak Dapat Kerja, Model Sambilan Tak Kisah Kerja Jadi ‘Cleaner’

Ft Modelcleaner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai individu yang membuat dua kerja pada satu masa demi mencari ‘duit tepi’ bagi menampung perbelanjaan setiap bulan terutamanya di zaman pandemik Covid-19 sekarang. Seperti seorang ibu ini yang bekerja sebagai model sambilan dan satu lagi pekerjaan dilakukannya itu selalunya tidak mahu dilakukan orang lain.

Viral di TikTok video yang dimuat naik oleh wanita bernama Rozana Dzulkifli itu menunjukkan dia bekerja sebagai tukang cuci. Video itu dirakam ketika Rozana sedang mencuci sebuah tandas dan telah mendapat perhatian ramai di TikTok.


@annawann030611

Wlaupun Aku Seorg Model…Tak Pi Keje Ku Sbagai Cleaner…Aq Tak Pernh Malu Dgn Kje Yg Aq Lakukan…Jnji Halal..Kerja Jgn Memilih..#fyp

♬ Gaun Merah (slow) – ?NOVAL?87

Menurut mStar, Rozana tidak kisah untuk menyarung uniform cleaner kerana di zaman pandemik Covid-19 ini susah nak dapat kerja jadi tidak boleh terlalu memilih.

Hakikat sekarang nak dapatkan pekerjaan adalah sangat susah. Jadi ini bukan masanya untuk kita memilih pekerjaan tertentu. Saya sendiri tidak kerja macam mana pun. Asalkan halal dan boleh tanggung anak.”

Video dimuat naik Rozana di TikTok telah mendapat lebih 142,000 tontonan setakat ini dan menurut wanita berusia 34 tahun dia sebenarnya sudah 5 tahun bekerja di pelbagai syarikat sebagai tukang cuci.

Ketika ini saya bekerja secara kontrak dengan sebuah syarikat. Rutin saya saperti biasa, kerja sebagai cleaner setiap Isnin hingga Jumaat. Tugas-tugasnya mencuci tandas, mop lantai dan sebagainya.”

Sabtu dan Ahad pula saya terima tawaran photoshoot, jika ada. Sekarang ni tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi agak perlahan. Sebab itu perlunya ada pekerjaan lain sebagai ‘back up’.”

Model1

Model3

Rozana mempunyai seorang anak dan berkongsi bahawa dia baru berkecimpung sebagai model secara sambilan selama 2 tahun. Tak sangka video menjadi viral, Rozana akui hanya mahu sampaikan mesej bahawa pekerjaan seorang cleaner bukanlah hina dan kotor seperti penerimaan sesetengah orang.

“Saya terjebak dalam bidang ini secara tidak sengaja menerusi seorang kenalan di Facebook. Saya memang tak tahu apa-apa pun pasal dunia modeling ni. Satu hari dia ajak saya shooting untuk jenama pakaian dan dari situlah makin lama makin kerap dapat tawaran.”

Dalam keadaan sekarang, sepatutnya kita kena bersyukur kerana masih ada kerja. Abaikan saja kata-kata orang, mereka tak tahu apa yang kita lalui. Dan jangan sesekali menilai seseorang berdasarkan pekerjaan atau luaran saja.”

Baca: “Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul”- [VIDEO] Viral di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni

Ft Smashedpotatoes

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.