in

“Are you working for US?” – [VIDEO] Karen M’sia Mengamuk Dihalang Masuk Mall Sebab Tak Pakai Mask

Collage 72 E1648257942954

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 April ini, negara kita akan memasuki fasa endemik di mana beberapa peraturan akan dilonggarkan. Bagaimanapun, SOP untuk memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah tetap diteruskan.


Macam yang korang tahu juga, kalau tak pakai pelitup muka di tempat awam, korang memang boleh didenda dan pihak premis juga berhak menghalang korang kalau gagal memakai mask.

Namun baru-baru ini, tular video di TikTok menunjukkan seorang wanita dilihat mengamuk selepas dihalang masuk ke salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

“Are you working for US?”

Dalam video tersebut korang dapat lihat wanita ini telah mempersoalkan tindakan pekerja dan polis bantuan di sana kerana enggan membenarkan dia masuk ke dalam premis tersebut kerana tidak memakai mask.

Are you working for US? You belong to which country? You belong to Biden is it? I’m asking you, you belong to Biden is it?!”

Dapat dilihat juga, pekerja tersebut cuba meminta agar wanita itu meninggalkan pusat membeli belah tersebut dan polis bantuan di sana menjaga pagar supaya wanita itu tak dapat masuk.

 

“Karen Malaysia ke ni?”

Rata-rata netizen di ruangan komen telah mempertikaikan tindakan wanita ini dan meminta agar dia mematuhi SOP yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan.

Screenshot 2022 03 24 At 2.59.45 Pm Down

“Mungkin dia tak sihat”

Bagaimanapun, seorang netizen memberitahu bahawa wanita ini mungkin mempunyai masalah mental kerana pernah melihat orang yang sama duduk bersendirian di tepi jalan dan berkaki ayam.

Screenshot 2022 03 24 At 3.02.08 Pm Down

Betul jugak tu, ada kemungkinan wanita ni mungkin tak sihat. Sebab kalau tengok video tu betul-betul macam perasan jugak dia hanya kaki ayam, handbag semua pun tak ada.

 

Baca: “Tak serik2!” – Ramai Bengang ‘Karen’ Tak Makan Saman, Makin Kerap Keluar Tanpa ‘Mask’

Page Karen New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.