in

“Tak serik2!” – Ramai Bengang ‘Karen’ Tak Makan Saman, Makin Kerap Keluar Tanpa ‘Mask’

Page Karen New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi isu ‘Karen’ yang berkeras tidak mahu pakai pelitup muka di negara kita?


Semalam, nama ‘Karen’ sekali lagi mengisi ruang media sosial lagi-lagi di Twitter kerana dilihatkan masih tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Gambar dirinya bersama kawan turut tular di media sosial.

Situasi ini telah menyebabkan ramai yang bengang kerana ‘Karen’ disifatkan sebagai seorang yang tak makan saman walaupun telah dikenakan kompaun sebelum ini. Menurut seorang pengguna di Twitter iaitu @AdibahOj, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai isu ‘Karen’ ini.

Di thread tweet yang sama, pemilik akaun Twitter ini menjelaskan bahawa dia tidak berpuas hati kerana masih tiada tindakan susulan dari pihak berkenaan walaupun isu ‘Karen’ ini telah menjadi bualan orang ramai.

Karen 1

Polis akan mulakan siasatan isu ‘Karen’

Susulan dari Tweet yang tular semalam, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telahpun membuka kertas siasatan mengenai isu ‘Karen’ yang melanggar SOP dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, siasatan itu di bawah Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Oleh itu, Noor Dellhan juga meminta untuk orang ramai terus mengamalkan SOP yang ditetapkan dan tindakan akan dikenakan sekiranya melanggar arahan tersebut, menurut Malaysian Gazette.

Baca: [VIDEO] ‘Karen’ Buat Hal Lagi? Kali Ini Didakwa Berjalan Tak Pakai Mask Dengan Kawan-kawan

Untitled 1 9

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.