in

Arab Saudi Banjir! Ragut 2 Nyawa, Airport Tutup & Ratusan Kereta Dibawa Arus

Banjir Jeddah 2022

Hujan lebat yang melanda kawasan Jeddah menyebabkan banjir melanda kawasan Barat Arab Saudi berkenaan sehingga dikatakan aktiviti harian rakyat negara berkenaan lumpuh.

Menerusi laporan Middle East Eye, bencana tersebut telah diumumkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi melalui Twitter meragut dua nyawa selain turut meminta penduduk agar tidak keluar dari rumah, melainkan ada urusan penting.

Difahamkan, keadaan banjir berkenaan turut menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ditutup atas faktor cuaca dan ada beberapa penerbangan terpaksa ditunda.

Selain itu, laporan mengatakan ratusan kereta telah hanyut dibawa arus manakala laluan ke kota suci Mekah turut ditutup.

Menurut Jabatan Meteorologi Arab Saudi, hujan lebat yang turun di selatan Jeddah daripada 8 pagi hingga 2 petang berkenaan pada Khamis merupakan tertinggi pernah direkodkan dan ia melebihi jumlah hujan yang turun pada tahun 2009 yang menyebabkan ramai terkorban dalam banjir besar tersebut.

Menerusi gambar dan video yang dimuatnaik di media sosial pada Khamis menujukkan banyak kereta telah dihanyutkan oleh arus banjir yang deras.

Maxresdefault

Dalam pada itu, media tempatan Saudi Press Agency (SPA) turut melaporkan bahawa sekolah di kawasan tersebut dan dua lagi bandar berdekatan iaitu Rabigh dan Khulais akan ditutup selepas ramalan cuaca menunjukkan hujan akan turun berterusan.

Difahamkan, sekarang ini rata-rata sekolah di Arab Saudi sedang menjalani perperiksaan akhir tahun, namun terpaksa ditutup seluruh negara pada Rabu selepas ianya diumumkan oleh Raja Salman susulan kemenangan negara berkenaan ke atas Argentina pada perlawanan Piala Dunia.

Jeddah, bandar yang mempunyai sekitar 4 juta penduduk ini terletak berdekatan dengan Laut Merah, dan sering dirujuk sebagai ‘pintu gerbang’ ke Kota Mekah.

Pun begitu, ribut hujan musim sejuk dan banjir ini berlaku hampir setiap tahun di Jeddah, dimana penduduk telah lama mengecam infrastruktur yang lemah di kawasan berkenaan.

Sumber : Middle East Eye

Baca : ‘Benamkan’ Argentina Di Piala Dunia, Semua Pemain Arab Saudi Bakal Terima Rolls Royce

Arab Saudi Rolls Royce

Sumber: KN News