in

“Apapun yg korang cakap sy terima” – Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Tak Berhijab?

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial, bila bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) yang dah lama mendiamkan diri Nonny Nadirah memuat naik gambar dia berpakaian mencolok mata di Instagram peribadinya.


Ekoran ini, rakan baiknya Mila Jirin yang juga merupakan bekas pelajar AF dari musim yang sama telah kongsikan rasa terkilan dengan perubahan Nonny, lebih-lebih lagi kerana rakannya itu berhasrat untuk berhijab selepas mereka menunaikan umrah bersama.

Nonny Nadirah E1617456226484

Pun begitu, Nonny tetap memuat naik gambar yang lebih kontroversi dan tak memberikan apa-apa penjelasan walaupun ramai yang tertanya-tanya tentang kebenaran perubahannya itu.

Sempena menyambut bulan Ramadan, Nonny bagaimanapun telah kongsikan ucapan menerusi Instagram sekaligus buka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya itu.

“Sorry & thank you for everything”

Dalam perkongsiannya itu, Nonny mengatakan yang dia rindu semua keluarga, sahabat serta peminatnya serta turut memohon maaf atas segala kesilapannya.

Saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya.

Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat, sorry & thank you for everything.”

Namun Nonny mengatakan yang dia enggan memberikan komen lanjut mengenai kontroversi dirinya itu dan hanya menyerahkan kepada Allah.

I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati.”

Tambah pelakon ini lagi, setiap orang melalui ujian yang berbeza namun dia menerima semua komen dengan hati yang terbuka.

Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka.”

Screenshot 2021 04 13 At 9.57.31 Am

Nonny juga turut padamkan gambar-gambar kontroversi yang pernah dia muat naik sebelum ini.

Min doakan yang baik-baik sahaja untuk Nonny…

 

Baca: “AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU” – Nonny Muat Naik Gambar Tengah ‘Berendam’, Mila Malas Layan?

Screenshot 2021 04 13 At 10.05.35 Am

Sumber: Kosmo
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.