Macam yang korang semua tahu, sebelum ni Nonny Nadirah cetuskan kontroversi bila dia tiba-tiba muat naik gambar memakai seluar pendek di Instagram peribadinya.
Gambar tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan baiknya Mila Jirin yang meminta agar Nonny terus kuat.
Selepas beberapa hari, Nonny telah pun memadam gambar tersebut dan membiarkan profilnya kosong.
Namun malam semalam, Nonny membuat keputusan untuk letak semula gambar yang telah dipadam serta gambar baru menunjukkan dia sedang berendam.
“Syabas kau dapat semula populariti”
Ekoran tindakannya ini, Mila sempat memberikan komen di gambar terbaru Nonny sebelum komen pada gambar tersebut ditutup.
Tak cukup dengan itu, Mila turut kongsikan perkara ini di Instagram peribadinya menunjukkan yang dia seperti dah ‘putus harapan’ untuk nasihatkan sahabatnya itu.
AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU.”
Namun sebentar tadi, Mila telah pun memuat naik satu lagi video beserta kapsyen meminta maaf kerana terlalu emosi semasa memberikan komen mengenai perkara tersebut… Dia juga meminta agar kita semua sentiasa doakan sahabat kita ke arah jalan yang lurus.
Betul lah tu, kita doa je yang baik-baik…