“Apalah bodoh sangat nak cari sorang, enam orang mati” – Individu Biadap Ini Dihentam Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Di saat ramai yang sedih atas kematian 6 orang anggota bomba ketika menyelamat remaja 17 tahun yang lemas di lombong semalam, ada pulak individu ini yang tak sensitif langsung atas apa yang berlaku.

Lebih menyakitkan hati, individu tersebut mengeluarkan kata-kata biadap di Facebook dengan mengatakan 6 bomba tersebut tak cukup ilmu jadi penyelamat hingga nyawa terkorban ketika menyelamatkan mangsa. Aduhai macam ni punya orang pun ada ke?

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Apalah bodoh sangat nak cari sorang 6 mati, kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat.”

Komen tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata kecewa sebab masih ada lagi individu berfikiran sedemikian. Anggota bomba ni bertarung nyawa demi nak selamatkan mangsa. Tapi nak buat macam mana kan, takdir Allah sudah menentukan segala-galanya.

 

Post komen tak pakai otak! 

Sumber: Facebook

 

Ajal kita di tangan Tuhan, kamu belum tahu ajal kamu encik…

Sumber: Facebook

 

Bomba, blacklist nama dia ni! 

Sumber: Facebook

Apa-apapun bagi korang kat luar sana, sebelum nak post sebarang komen tolong baca berkali-kali untuk elak kecewakan hati keluarga mangsa yang terbabit. Hargai jasa mereka yang berkorban sebab korang takkan tahu bila masa korang pulak akan perlukan bantuan dari bomba nanti. 

Baca: “Saya dah pesan jangan pergi” – Bapa Terkilan Anak Hilang Punca 6 Bomba Lemas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!