in

“Apa yang China cuba sorokkan?” – Hospital Wuhan Didakwa ‘Cover’ Pasal Coronavirus Lepas Doktor Tukar Warna Kulit Tiba-Tiba Mati

Doc Mati

Ingat tak bulan lepas gempar tentang kisah 2 orang doktor yang bangun dari koma dalam keadaan warna kulit mereka berubah? Dr Hu Weifeng dan Dr Yi Fan telah dijangkiti coronavirus daripada pesakit ketika bertugas sebagai barisan hadapan di Wuhan, China.

Mengikut laporan, kedua-dua mereka berada dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan alat bantuan hidup. Namun, mereka seolah-olah mati hidup semula apabila dilaporkan tersedar dari koma.

Bagaimanapun, Dr. Hu dan Dr. Yi yang juga merupakan rakan sekerja doktor ‘whistle-blower’ Li Wenliang serta semua staf hospital terkejut apabila warna kulit mereka berubah menjadi gelap. 

Doktor1

Terbaru, Wuhan Central Hospital didakwa cuba menyembunyikan sesuatu tentang coronavirus selepas Dr Hu Weifeng disahkan meninggal dunia di hospital pada hari Selasa baru-baru ini selepas 5 bulan bertarung nyawa.

Sebelum ini, keadaan warna kulit menjadi gelap itu dikatakan disebabkan oleh buah pinggang yang gagal berfungsi. Namun, menurut The Sun punca sebenar kematian Dr Hu masih belum didedahkan kepada umum dan elah menyebabkan kemarahan ramai pihak di China.

Doktor2

Disebabkan punca tersebut dirahsiakan, bermacam-macam tanda tanya yang timbul dan ada yang turut membuat spekulasi bahawa mereka sebenarnya menerima nasib yang sama seperti doktor ‘whistle-blower’ Li Wenliang.

Dr Li sebelum ini pernah memberi amaran kepada satu dunia dan cuba mendedahkan tentang coronavirus lebih awal namun ditahan oleh pihak polis yang dikatakan telah memaksanya untuk ‘tutup mulut’.

Melalui Weibo, ramai rakyat China membincangkan tentang hal ini di mana mereka meluahkan rasa risau berhubung kes ini dengan menggunakan hashtag #WuhanCentralHospitalDoctorHuWeifengPassesAway.

Bila pemimpin pemimpin di Wuhan Central Hospital akan bertanggungjawab.”

Sudah 5 orang pekerja perubatan yang maut di Wuhan Central Hospital disebabkan coronavirus.”

Doktor Yi Fan yang juga mengalami perubahan warna kulit itu dilaporkan semakin pulih dan kulitnya kini perlahan-lahan berubah kepada yang asal.

Doc1

Baca: “Berjangkit dari pesakit’ – 2 Doktor Kritikal Dijangkiti Covid-19 Terpaksa Pakai ‘Life Support’, Bila Sedar Kulit Jadi Gelap

Doktor Wuhan

Sumber: Metro
Sumber: The Sun