in

“Berjangkit dari pesakit’ – 2 Doktor Kritikal Dijangkiti Covid-19 Terpaksa Pakai ‘Life Support’, Bila Sedar Kulit Jadi Gelap

Doktor Wuhan

Doktor Yi Fan dan Doktor Hu Weifeng telah disahkan positif Covid-19 selepas berjangkit ketika merawat pesakit di Wuhan Central Hospital Januari lepas.

Menurut MetroUK, kedua-dua mereka dilaporkan dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan alat bantuan hidup. Namun, mereka bertuah kerana masih diberikan peluang untuk hidup tetapi sebaik sedar dari ‘tidur’ masing-masing terkejut melihat peubahan warna kulit menjadi semakin gelap.

Doktor2

Doktor1

Difahamkan mereka berdua bekerja bersama Doktor ‘whistle-blower’ Li Wenliang yang dihukum kerana cuba mendedahkan tentang virus ini dan telah meninggal dunia pada 7 Februari lepas akibat dijangkiti.

Mereka disahkan positif pada 18 Januari dan selepas 39 hari menggunakan alat bantuan hidup dipanggil ECMO selama 39 hari, Doktor Yi berjaya diselamatkan. ECMO adalah alat bantuan hidup drastik yang menggantikan fungsi jantung dan paru-paru. Keadaan Dr Hu pula sebaliknya lebih kritikal dan terlantar selama 99 hari.

Dr5

Ketika mereka sedar, kedua-duanya terkejut melihat kulit mereka berubah menjadi gelap. Menurut doktor yang merawat mereka, Doktor Li Shusheng, perubahan warna kulit itu adalah kesan sampingan ubat yang diberikan kepada mereka ketika peringkat awal rawatan.

Katanya, salah satu kesan sampingan ubat tersebut adalah menggelapkan warna kulit. Meskipun tidak dapat kenal pasti ubat tersebut namun Doktor Li berkata warna kulit mereka akan berubah menjadi seperti asal sebaik saja paru-paru mereka boleh berfungsi dengan baik sepenuhnya.

Dr6

Dr7

Buat masa sekarang, paru-paru mereka dilaporkan rosak dan berlaku ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan perubahan warna kulit itu.

Doktor Yi berkata dia kerap mendapat mimpi buruk bila dapat tahu tentang keadaannya manakala Doktor Hu pula kini masih dipantau di unit rawatan rapi. Kedua-dua mereka kini diberikan sokongan mental dek kerana trauma yang dihadapi akibat daripada pengalaman ini.

Baca: 5 Lagi Doktor Meninggal, Lebih 2,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Combine I

Sumber: Metro
Sumber: Daily Mail