in ,

“Apa yang best pasal kerja aku, dapat ludah makanan orang” – Chef Hotel Berani Mati Ceritakan Perbuatan Biadapnya Masa Kerja

Itu lah orang selalu kata jangan berkasar sangat dnegan staff restoran ni, silap-silap ada lah benda pelik-pelik yang dia letak dalam makanan kita nanti. Buktinya ada pekerja sendiri dah mengaku dia memang ada buat macam ni!

Baru-baru ini, ada satu post daripada forum Lowyat mendedahkan seorang chef bersikap racist daripada hotel tekemuka di Pahang mengaku yang dia ada ludah makanan kepada pelanggan kaum Cina, lebih teruk lagi, dia kata itu adalah best part dalam kerja dia!

Biadap sungguh!

 

Banyak s*al kerja aku. Tapi apa yang best nya pasal kerja aku. Aku dapat ludah makanan orang cina.”

Chef itu membuat pengakuan di Twitter miliknya, dia privatekan tapi macam admin pernah pesan sebelum ini, mata netizen ni memang tajam.

Dia mengeluh pasal kerja, siap jelaskan lagi best part dalam kerja dia tu. Netizen terkejut melihat dia berani mati mengaku perbuatan biadapnya itu secara terbuka.

Ada follower dia yang dapat ambil gambar senarai tempaham daripada orang-orang ternama yang di kongsikan oleh chef itu sendiri.

Apa yang menajdi perhatian adalah, cara dia mark nama-nama pelanggan itu, dia ada labelkan perkataan ‘Chinese’ supaya dia boleh dapat tambah ‘perisa’ dalam masakan orang tu.

Memandangkan dah viral, posting itu telah dipadam kan tetapi ramai netizen dah boikot unutk report hal ini kepada majikan tempat dia bekerja dan kini siasatan sedang dijalankan.

Allahu, kenapalah ada manusia yang tergamak buat macam ni, harap tindakan diambil segera.

 

Baca : “Kau pun kasar, biadap!” – Mengamuk Marahkan Aliff Syukri, Netizen Kecam Balik Ali Sebab ‘Binatangkan’ Balu Abam

Sumber: Forum Lowyat
Sumber: Forum Lowyat