in

“Apa tak cukup sempurna ke ciptaan Tuhan?” – Sekali Lagi Buat Pembedahan Wajah, Safiey Ilias ‘Ditarbiah’ Netizen Bertubi-tubi

Ikut Suka Lah Sister

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah lama juga kita tak dengar cerita mengenai Safiey Ilias kan? Kalau dulu sibuk kisah mengenai penghijrahannya dan kemudian kisah kembali menjadi wanita semula. Uish macam-macam! 


Namun semalam viral di media sosial perkongsian Safiey Ilias sendiri di Facebook berkenaan penampilan terbarunya. Menurut perkongsian tersebut, Safiey sekali lagi membuat pembedahan wajah dan kali ini melibatkan bahagian kening dan bawah hidung. 

133035021 4147393521954943 8591803739916690589 O

 

“Ratu nak tanam lebihan kulit tu” 

Dalam perkongsian tersebut, Safiey memberitahu pembedahan yang dilakukan demi mencantikkan wajah itu adalah satu kepuasan bagi dirinya daripada menyakitkan hati dan memikirkan orang yang tidak menghargai dirinya.

Tambahnya lagi, dia mahu menanam lebihan kulit hasil daripada pembedahan yang dibuat, namun masih keliru cara untuk melakukannya.

Bagai makan buah simalakama . Dprd menyakiti hati , lebih baik sakiti badan untuk lebih cantik drpd memikirkan org yg…

Posted by Safiey Ilias on Monday, December 28, 2020

 

“Udoh-udoh ler tu Apit, dulu dah encem udoh diubah-ubah pulak” 

Seperti tidak terkejut dengan apa yang dilakukan Safiey kali ini, netizen telah meninggalkan komen-komen tarbiah dan meminta pengasas produk kecantikan tersebut menghentikan ‘kerja gila’ ini.

Menurut netizen, ubahlah sebanyak mana pun yang dia mahukan, namun perkara ini tidak mengubah fakta bahawa dia seorang lelaki. Haish… min pun tak tahu nak cakap apa dah kan… 

Apit

Marilah kita berdoa satu hari nanti Safiey akan betul-betul berubah. Aamiin. 

Baca: Safiey Ilias Bakal Berdepan Hukuman Penjara, Tak Hadir Mahkamah Isu Produk Kosmetik Langgar Garis Panduan

Langgar

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.