in

“Apa nak jadi!” -Sanggup Gunakan Al-Quran Dan Sejadah Untuk Seludup Dadah Ke Luar Negara

Fi Dadah New E1616810591407

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dek kerana tidak mahu dikesan oleh polis, satu sindiket dadah antarabangsa mengambil tindakan yang licik dengan tergamaknya menggunakan peralatan keagamaan seperti Al-Quran dan sejadah untuk seludup ketamin secara kurier ke luar negara.


Cp

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata, peralatan keagamaan digunakan adalah ikut kepada majoriti penganut agama di negara tersebut dimana dadah itu akan dibungkus sekali dengan barangan tersebut untuk elak dikesan.

“Contohnya ketamin yang ingin diseludup ke Indonesia, sindiket itu akan membungkuskannya bersama peralatan sejadah dan al-Quran,”

Menurutnya, taktik sindiket ini ‘kantoi’ selepas pihak berkuasa Korea Selatan merampas kurier barang keagamaan Buddha dimana ia mengandungi ketamin dari Malaysia yang terselindung.

Susulan itu polis kemudian menjalankan satu operasi pada jam 3 pagi kelmarin dan menahan 13 individu termasuk seorang bukan warga tempatan.

Sebuah kondominium di Cheras turut diserbu dimana ia menjadi makmal mini untuk memproses dadah jenis ketamin tersebut.

Makmal Dadah

“Dalam serbuan itu, polis merampas 63 kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai lebih RM3 juta.

“Sindiket dadah didalangi warga tempatan itu menjadikan sebuah kondominium di Cheras sebagai makmal mini dadah ketamin yang proses pengedarannya dilakukan secara kurier.

“Maklumat daripada pihak berkuasa Korea Selatan dan risikan dilakukan polis selama dua minggu berjaya menahan semua suspek yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah itu.

“Di Korea Selatan, mereka menggunakan peralatan keagamaan Buddha apabila dadah itu diletakkan di bahagian tepi bagi mengelak disedari pihak berkuasa,”

Selain Korea Selatan, ada juga negara lain menjadi destinasi sindiket itu seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan New Zealand.

 

Baca : “Dorang tak boleh lari, kami dah lama pantau” – KPN Dedah Lebih Dari 5 Tan Sri & Datuk Jadi ‘Mastermind’ Kartel Dadah

Foot Dadah

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.