Baru-baru ini, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa usahawan yang lebih dikenali sebagai bekas pembantu peribadi pengusaha kosmetik Dato’ Seri Vida (DSV) iaitu Iqbal Zulkefli sepatutnya menjadi sponsor Gegar Vaganza 8 (GV8).
Walau bagaimanapun, semalam kecoh di Instagram selepas DSV dan juga Iqbal berbalah disebabkan satu komen yang dibuat oleh Iqbal di satu posting milik mStar selepas Iqbal cuba mengintai peluang untuk menjadi penganjur GV musim depan.
https://www.instagram.com/p/CYlC2JfgaO8/
Di bahagian kapsyen milik DSV di akaun Instagram miliknya @datoserivida, dia meluahkan rasa bengangnya selepas komen Iqbal dikatakan berkait dengan dirinya kerana situasi yang ditulis seolah-olah seperti memerli.
Malah, dia juga mengatakan bahawa Iqbal seorang yang lupa diri selepas tidak menghargai apa yang telah diberikan kepada dirinya.
“Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing! Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai-bagai. Kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu?” – Kapsyen
Dah-dah lah tu…
Perbalahan secara terbuka itu membuatkan netizen meminta untuk mereka berdua supaya menyelesaikan masalah mereka hanya di antara satu sama lain dan tidak perlu untuk membuka aib masing-masing di media sosial.
Tetapi ada juga yang menyokong tindakan dari DSV kerana selama ini DSV dilihatkan telah lama mendiamkan diri dan akhirnya bersuara selepas diselar sebegitu dari Iqbal.
Takpe, Min doa je yang baik-baik untuk korang berdua ya.. Mungkin sebenarnya ada je diorang cuba untuk selesaikan secara berdua je kan?
Baca: “No men, no problem” – DSV Mahu Gembirakan Diri Sendiri, Duduk Hotel RM50,000 Semalam