Wabak coronavirus masih lagi menjadi masalah terbesar dunia dengan jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 362 termasuk satu kematian di Filipina.
Kebanyakan daerah di China telah mengeluarkan arahan supaya rakyat mereka memakai topeng muka ketika keluar ke tempat awam sebagai salah satu langkah untuk membendung penyebaran wabak ini selepas jumlah orang yang terkena jangkitan ini mencecah hampir 12,000 kes.
Bagaimanapun, tak semua orang yang nak ikut arahan dari kerajaan dorang ni…
Seorang wanita yang dikenali sebagai Qiu telah ditahan selepas dia enggan mematuhi arahan memakai topeng di daerah Shenzhen yang dikeluarkan pada 26 Januari lalu, lapor MetroUK.
Dikatakan, Qiu telah keluar ke pasaraya tanpa memakai topeng muka. Kerana tindakannya ini, beberapa pelanggan telah meminta wanita ini untuk memakai mask atau keluar dari situ.
Pertengkaran berlaku bila Qiu enggan mengalah dan mula meludah pelanggan-pelanggan di dalam pasaraya itu.
Salah satu rakaman yang kini tular menunjukkan Qiu memberontak ketika pegawai polis menahan dia dan mula menendang pegawai-pegawai polis sebelum mereka menekan wanita ini ke lantai di hadapan pelanggan lain.
Wanita ini kemudiannya di bawa ke hospital untuk diperiksa dan dia disahkan bebas dari wabak coronavirus.
Selepas pemeriksaan, pihak hospital kemudiannya menyerahkan Qiu kepada pihak polis untuk sesi soal siasat.
Pun begitu, setakat ini tak ada berita lanjut sama ada wanita ini akan dikenakan apa-apa tindakan kerana mengingkari arahan yang telah dikuatkuasakan itu.
Haih, pakai mask tu bukan je sebab tak nak jangkitkan orang lain, tapi untuk keselamatan diri sendiri juga.