in

“Apa dosa dia?” – Gara-gara Bengang BF Minat Dekat ‘Mak Orang’, Remaja Ajak Kawan Dera Bayinya Sampai Mati

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, baru je admin update tentang empat remaja perempuan dera bayi 20 bulan sampai mati di Semporna, Sabah gara-gara tak tahan dengar budak tu asyik menangis kan?


Tapi, lepas polis jalankan siasatan ke atas empat remaja ni, dorang dapati motif sebenar remaja-remaja yang juga teman serumah ibu mangsa ni dera bayi tersebut dengan kejam kerana didorong rasa cemburu.

Menurut Awani, salah seorang dari remaja ni rupanya jealous dengan mak bayi ni sebab teman lelaki dia jatuh cinta pada ibu malang ni. So, dia panggil kawan-kawan dia untuk pukul baby ni ramai-ramai untuk balas dendam. Dorang ni sakit otak ke?

Screen Shot 2019 09 22 At 9.19.54 Am.png
Sumber: theasianparent

Namun, menurut Ketua Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, bukan tu je sebab dorang tergamak belasah bayi tu sampai mati tau.

“Punca kejadian berlalu kerana salah seorang suspek cemburu bila teman lelakinya berpaling tadah dan jatuh cinta dengan ibu mangsa.

“Manakala seorang lagi suspek mendera mangsa kerana tak puas hati dia sering dimarahi ibu mangsa. So, dua orang suspek ni lepaskan kemarahan pada mangsa.” Allahu, dia tak salahlahhh

Sekarang ni, suspek-suspek ini akan ditahan reman hingga esok dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Apa-pun alasan dorang, tak ada sebab langsung dorang boleh lepaskan marah dorang dekat baby tu! Harapnya dorang dapat hukuman yang setimpal.

 

Baca: “Dah hilang akal ke?” – 4 Remaja Perempuan Dera Bayi Setahun Sampai Mati Sebab Tak Tahan Dengar Dia Melalak

Screenshot 2019 09 26 At 3.19.35 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.