in

Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Fokus Jadikan Malaysia Pengeluar Inovasi AI

Kem Digital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia melangkah ke fasa baharu transformasi digital negara menerusi pelancaran rasmi Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu meletakkan Kementerian Digital sebagai kementerian peneraju bagi memacu agenda Ke Arah Negara AI 2030, sekali gus mengubah fokus negara daripada sekadar pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi digital tempatan.


Melalui MD2030, kerajaan menetapkan beberapa sasaran utama yang ingin dicapai menjelang tahun 2030, termasuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam ekonomi digital serta menjana penjimatan sebanyak RM4.5 bilion dalam sektor awam menerusi pendigitalan kerajaan.

Dsc 0034 1 Scaled

Selain itu, kerajaan turut menyasarkan 95 peratus perkhidmatan kerajaan disediakan secara dalam talian dari hujung ke hujung bagi mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut Kementerian Digital, MD2030 dibangunkan selaras dengan keutamaan digital di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan menyokong kerangka Ekonomi MADANI, selain menyelaraskan semula fokus strategik daripada Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) serta Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (N4IRP).

Artikel berkaitan: 29 Organisasi Sertai MyDigital ID, Akses Digital Lebih Selamat Untuk Rakyat

Artikel berkaitan: PMKS Dipacu Ke Arah Digital Melalui Karnival e-Invois HASiL

Digerakkan menerusi tujuh teras strategik

Bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh, MD2030 digerakkan menerusi tujuh teras strategik yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian menerusi pendekatan Whole-of-Government.

Tujuh teras tersebut merangkumi aspek kerajaan, ekonomi, infrastruktur, bakat, masyarakat, kepercayaan dan keselamatan serta inovasi.

Antara fokus utama termasuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan digital melalui penubuhan GovTech Malaysia, meningkatkan produktiviti ekonomi digital, memperluas infrastruktur internet berkualiti, melahirkan lebih ramai bakat digital, memperkukuh keterangkuman digital rakyat serta membangunkan ekosistem inovasi yang mampu menyokong Malaysia menjadi pencipta teknologi digital.

Dsc 0046 Scaled

“Malaysia bersedia jadi pengeluar inovasi digital” – Gobind

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pelancaran MD2030 membuktikan Malaysia kini bersedia untuk beralih daripada sekadar pengguna teknologi kepada sebuah negara pengeluar inovasi digital yang disegani.

Menurut beliau, Kementerian Digital bukan sahaja bertanggungjawab mencapai sasaran ekonomi yang ditetapkan, malah komited memastikan transformasi digital negara dibina berasaskan kepercayaan, keselamatan data serta tadbir urus yang kukuh.

Beliau berkata, menerusi pendekatan Whole-of-Government, semua agensi di bawah kementerian akan bergerak secara bersepadu bagi memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Lima agensi utama pacu pelaksanaan

Pelaksanaan MD2030 akan dipacu secara bersepadu oleh beberapa agensi di bawah Kementerian Digital, termasuk Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Jabatan Digital Negara (JDN) atau GovTech Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), CyberSecurity Malaysia serta MyDIGITAL Corporation bersama Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR).

Agensi-agensi ini akan memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuh ekosistem kecerdasan buatan (AI), mempercepat transformasi perkhidmatan awam digital, merancakkan pertumbuhan ekonomi digital, memperkukuh keselamatan siber serta memacu pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Dsc 0082 1 Scaled

Manfaat kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan

Menurut Kementerian Digital, agenda Negara AI menerusi MD2030 bukan sekadar memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi, malah bertujuan membawa manfaat kepada seluruh ekosistem negara.

Bagi rakyat, pelan ini akan meningkatkan kesiapsiagaan AI, memperkukuh keterangkuman digital dan melahirkan bakat masa hadapan.

Sementara itu, sektor perniagaan dijangka menikmati peningkatan produktiviti serta daya saing melalui penggunaan teknologi dan inovasi, manakala kerajaan pula akan mendapat manfaat daripada sistem penyampaian awam yang lebih cekap, telus dan dipacu data.

Melalui pelaksanaan MD2030, kerajaan turut menyasarkan pembentukan sebuah Negara AI yang progresif dengan AI disepadukan dalam pelbagai aspek kehidupan, data sebagai aset strategik negara, sistem yang lebih pintar dan autonomi serta rakyat yang mampu berkembang seiring kemajuan teknologi.

Sumber: Kementerian Digital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.